Cerita sosial 2: Saya yang Istimewa, menceritakan berkenaan
Alim seorang budak yang baik dan disayangi oleh keluarganya serta disenangi jirannya. Pada suatu hari, bapa Alim pulang membawa buah-buahan tempatan yang dibeli dari pasar tani untuk anak-anaknya
kerana bapa Alim tahu bahawa mereka gemar akan buah-buahan tempatan. Sejurus setelah
itu, Alim terus memberitahu ibunya bahawa dia ingin berkongsi buah-buahan itu dengan Sulaiman. Alim ingat akan pesan ibu dan bapanya untuk saling berkongsi barang atau makanan yang disukai dengan orang lain merupakan satu perbuatan yang baik. Disebabkan itu Alim ingin berkongsi buah-buahan tempatan yang digemarinya itu dengan Sulaiman. Alim berasa sangat puas dan gembira dapat berkongsi buah-buahan tempatan dengan Sulaiman. Sedang Alim membuang sampah di tong sampah besar di luar rumah, Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah terlihat akan kelibatnya lalu terus berterima kasih kepada Alim akan pemberian buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah juga berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan buat Alim
sekeluarga.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment