Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, okay hari ni kita nak kongsikan hasil ciptaan dan rekaan kalendar tahun 2021 yang dibuat sendiri ya😊

Sebelum tu, meh sini nak cerita proses semasa kita buat kalendar 2021 ni...

Okay software yang digunakan untuk hasilkan kalendar 2021 ni ialah Photoshop ver. 2020 (ni untuk saya la ya), tetapi untuk anda semua terserah nak guna software apa.. ahahaha sebab saya retinya hanya tu sahaja huhuhuhuhu

Baiklah antara perkara atau syarat wajib yang perlu ada pada muka hadapan kalendar ini ialah,
  • Latar belakang
  • Nama kalendar 2021
  • Nama penuh pelajar
  • No. matrik
  • Nama pensyarah
  • Kod dan Nama kursus

Bagi setiap bulan dalam kalendar ini pula perlu mengandungi,
  • Latar belakang
  • Bulan kalendar 2021 dalam bahasa Melayu
  • Gambar berkaitan diri, keluarga, atau rakan-rakan
  • Kata-kata hikmah

Baiklah, proses saya menghasilkan kalendar 2021 ini adalah dengan cara 
  1. Create canva berukuran 5 inci tinggi dan 7 inci lebar
  2. Open file berkaitan gambar-gambar yang ingin digunakan dalam bulan kalendar tersebut iaitu latar belakang, bulan kalendar 2021, gambar berkaitan diri, keluarga, atau rakan-rakan
  3. Pindah letak gambar-gambar yang ingin digunakan tersebut dalam canva yang telah dihasilkan seperti (1)
  4. Mendekorasi setiap aspek dalam rekaan kalendar tersebut mengikut kreativiti masing-masing
  5. Menaip kata-kata hikmah yang direka sendiri oleh kita ya
  6. Selesai proses 1 sehingga 5, kita akan Save rekaan kalendar kita ini dalam format Photoshop kerana jika ada kesalahan atau perkara yang perlu ditambah baik kita hanya perlu mengedit dari file tersebut sahaja tanpa perlu mereka cipta semula dari awal
  7. Hasil rekaan kalendar yang telah muktamad seterusnya akan di Save As dalam format gambar iaitu PNG atau JPEG
  8.  Ulang proses 1 sehingga 7 bagi setiap bulan kalendar yang akan dihasilkan

Berikut merupakan hasil daripada rekaan kalendar 2021 saya, segala kekurangannya harap dimaafkan ya 😊