Hai semua! Assalamualaikum! Selamat sejahtera!
Assalamualaikum juga Prof. yang akan membaca ni
huhuhu 😄😄😄
Okay meh la nak citer pengalaman sepanjang kuliah BBN3402
Penterjemahan Berbantukan Komputer ni. Sebelum tu nak citer dari masa mula nak
mendaftar kursus untuk semester ni, ramai kawan-kawan tak berani nak ambik
kursus ni sebab PROF. DR. NORMALIZA u ollsss yang mengajar 😂😂😂. Yang mana
tahu tu tahu la. Jiwa kena kental ya dan sentiasa perlu redha. Prof. Dr.
Normaliza (ProfN) ni yang membuatkan pelajar takut nak ambik kursus beliau
sebab tugasannya yang terlalu banyak. Ditegaskan lagi, terlalu banyak.
Dan tempoh masa untuk siapkan pula adalah terhad. Jadi sebab tu la ramai yang
tak berani dan tak sanggup nak ambik sebab risau jiwa dan raga tersiksa dan
mengalami gangguan mental 😂😂😂.
Dah tu kenapa aku masih daftar? Tak risau
mental ke?
.
.
.
Okay mari kita mulakan kisahnya. Aku dah belajar dengan ProfN ni pada
semester yang lepas. Maknanya aku dah tahu macam mana ProfN untuk satu semester
beliau mengajar. Memang agak tertekan dan tugasan memang banyak tak kental jiwa tu memang tercyduk la kamoo. Tapi yang
membuatkan aku masih redha dan bertahan ialah segala tugasan yang diberikan
walaupun banyak tapi kita buat dengan apa yang diminta, jaminan lulus kursus
ini adalah tinggi dan sudah tentunya gred A itu sudah dalam genggaman. Dan aku sudah
merasai dan mendapatkannya sendiri. Jadi sebab tu la walaupun ramai kawan-kawan
tak nak ambik, risau tugasan banyak gila sampai boleh mental, aku masih ambil
kursus ni. Ya jujur aku katakan sudah semestinya kerana gred A yang di idamkan
membuatkan aku berani untuk mengambil kursus ini yang diajar oleh ProfN pada
semester ni.
.
.
Tapiiiii awak-awak semua yang tengah membaca sekarang ni! Jangan berhenti! Baca lagi!!
.
.
Ada beberapa
perkara baharu yang aku sedar bila belajar dengan ProfN. ProfN ni bebelannya
mempunyai intipati dan nasihat. Garang-garang beliau mengajar ada juga terselit
kelucuannya. Tugasan banyak gila sampai boleh mental, tempoh masa pula singkat
macam tak sesuai langsung kerja banyak macam tu tempoh masa kejap gila. Mana
nak cukup tangan siapkan. Segala rasa waktu tu nak piiipiii ke nak poopoo ke haaaa
kau tahan la sampai siap kerja tu. Punya risau waktu tu tak cukup untuk siapkan
dan hantar, sampai kentut pon tak sempat 😂😂😂. Awal-awal kuliah berjalan
hari pertama dah rasa tekanan dia, tapi aku pesan dekat diri ni, “sabar-sabar
kau boleh, ProfN awal-awal je macam ni nanti lama-lama semuanya okay”.
Tambah-tambah aku ketua kelas haaaa gigil kau 😂😂😂. But everthing goes well
ha gitu omputeh kata😎. Semester ni masih secara maya kuliah tu dijalankan.
Macam-macam karenah pensyarah bila dalam situasi sekarang ni. Ada tu tugasan
mereka lagi buat aku mental dan tak berapa nak redha 😂 berbanding dengan
tugas-tugas ProfN ni. So, ProfN you are the best!😁.
Garang-garang ProfN, tegasnya
ProfN, tekanan yang diberikan semua tu membuahkan hasil bagi diri aku sendiri
terutamanya. Sebab apa, jujur aku kata, ProfN berjaya didik aku menjadi seorang
yang mampu untuk bekerja atau melakukan sesuatu tugas walaupun dalam tekanan
yang agak melampau. Disiplin diri dalam melakukan sesuatu perkara juga
dititikberatkan dan perkara itu aku dapat. Perkara yang dianggap cerewet oleh
orang lain iaitu apabila ProfN meletakkan pelbagai jenis syarat yang orang kata
merepek, menyusahkan, pelik-pelik je dan banyak lagi tu, semuanya aku pandang
dari sudut positif yang mana benda-benda tu semua boleh mendidik diri ini untuk jadi lebih teliti dalam melakukan segala tugas atas arahan yang telah diberikan. Jadi,
bagi aku sendiri ProfN is the best among the best!😃
.
.
Ada juga yang claim aku ni
kembar ProfN sebab perangai lebih kurang 😂😂😂. Ya Allah. AAMIIN. Jika mampu
dan ada rezeki mungkin aku juga bakal bergelar Profesor 😂😂😂. Okay itu
sahaja. Terima kasih sudi membaca sehingga keakhirnya.
.
.
.
Okay sudah-sudah la tu kita bercurhat di sini 😆😆 curhat tu curahan hati ya kamu-kamu semua. Meh sekarang kita senaraikan semua tugasan sepanjang semester ni sejak Minggu 1 sehingga Minggu 11 yang aku dah berjuang dan berperang😉. Minggu 12 dan Minggu 13 pembentangan ya syukur dah tak de tugasan😂.
SENARAI PERJUANGANKU 💣💥
BBN3402SATU2020:MINGGU2 CERITA SOSIAL
BBN3402SATU2020:
MINGGU4 PRAKATA & BAB 1
BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL EDITED
BBN3402SATU2020:MINGGU5 JADUAL CLEAN
BBN3402SATU2020:MINGGU6 PROF DI UK
BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN EDITED
BBN3402SATU2020:MINGGU6 UJARAN CLEAN
BBN3402SATU2020:MINGGU7 QUOTATION
BBN3402SATU2020:MINGGU8 BERITA AWANI
BBN3402SATU2020:MINGGU8 TWITTER
BBN3402SATU2020:MINGGU9 QUOTATION(2)
BBN3402SATU2020:MINGGU9 CERITA PENDEK
BBN3402SATU2020:MINGGU9 TESIS BAB 1
BBN3402SATU2020:MINGGU9 WACANA
BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(1)
BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(2)
BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(3)
BBN3402SATU2020:MINGGU10 RESIPI(4)
BBN3402SATU2020:MINGGU10 QUOTATION(3)
BBN3402SATU2020:MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?
BBN3402SATU2020:MINGGU11 QUOTATION(4)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 HURAIAN TESIS
BBN3402SATU2020:MINGGU11 ASAS GRAFIK
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)
BBN3402SATU2020:MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)
Okay lihatlah bertapa indahnya dunia aku setiap hari Isnin untuk semester ini 😂😂😂 Aku berjaya dalam perjuangan ni yiiihaaaa!
Okay okay ni gambar rare ya 😆😆😆 semester lepas punya gambar ni sebelum kita berkenalan dengan Covid-19. Fuhh gigih nk bergambar ya 😆
No comments:
Post a Comment