Tuesday 15 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

Pada hari ini, Prof. Dr. Normaliza menceritakan kisah anak bongsunya yang bernama Alim. Kisah tersebut merupakan pengalaman Alim buat kali pertama di pejabat pos untuk membantu ibunya, Prof. Dr. Normaliza mengepos sepucuk surat. Terdapat perkara yang melucukan berlaku pada diri Alim apabila dia mencuba untuk melekatkan stem pada sampul surat berkenaan. Setelah hampir 15 minit berlalu, Alim menghantar mesej melalui Whatsapp kepada ibunya dan memberitahu kesulitan yang dihadapinya untuk melekatkan stem berkenaan. Apa yang difikirkan oleh Alim ialah stem itu merupakan sejenis pelekat yang harus dibuka atau dikopek terlebih dahulu sebelum melekatkannya. Setelah Prof. Dr. Normaliza, ibunya mengetahui akan perkara tersebut, beliau mendapati bahawa perkara tersebut melucukan. Prof. Dr. Normaliza kemudiannya memberitahu kepada Alim bahawa stem berkenaan bukanlah pelekat seperti yang difikirkan olehnya, akan tetapi, stem tersebut sudah mempunyai gamnya yang tersendiri dan hanya perlu membasahkannya sedikit untuk melekatkannya pada sampul surat. Alim berasa sangat teruja kerana dirinya baru mengetahui akan hal tersebut. Setelah mendengar penjelasan daripada ibunya, Alim berasa sangat gembira kerana sudah berjaya melekatkan stem tersebut pada sampul surat berkenaan. 



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 4




No comments:

Post a Comment