Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Proses Pembuatan Grafik Kumpulan TechNinjas' Production




Kuliah pada 17/02/2020 (Isnin), kami telah mendapat tugasan untuk menghasilkan sebuah grafik dimana setiap kumpulan perlu mencari lima gambar yang mempunyai elemen-elemen asas grafik dalam gambar yang dipilih. Antara barang yang diperlukan ialah:

1. Enam keping mounting board berukuran saiz A4 berwarna hitam.
2. Gam UHU stic.
3. Reben setengah meter panjang, suku inci lebar.
4. Pisau lipat.
5. Gunting
6. Majalah terpakai jenis glossy.

Foto 1: Proses memilih gambar yang sesuai.

Langkah pertama yang dilakukan adalah memilih lima keping gambar yang bersesuaian iaitu mempunyai kelima-lima elemen asas grafik dalam satu gambar iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. Seterusnya melabelkan gambar tersebut mengikut elemen asas grafik yang lebih cenderung dalam gambar tersebut.


Foto 2: Memotong gambar yang dipilih.

Setelah gambar dipilih dan disemak oleh Prof. terlebih dahulu, langkah seterusnya adalah memotong gambar yang dipilih dengan teliti dan kemas. Gambar yang dipotong mestilah mempunyai elemen-elemen asas grafik dan membuang bahagian yang tidak mempunyai kaitan dengan elemen-elemen asas grafik tersebut.

Foto 3: Membuat ukuran di atas mounting board.

Foto 3 di atas menunjukkan ahli kumpulan melakukan pengukuran di atas mounting board untuk mengelakkan ketidaksamaan lubang bagi kesemua mounting board sebelum proses menebuk lubang pada bahagian atas mounting board. Ukuran yang dibuat untuk kawasan menebuk lubang adalah sebanyak 2 sentimeter.

Foto 4: Proses menebuk lubang.

Setelah selesai membuat pengukuran di atas mounting board, seterusnya kami melakukan proses menebuk lubang dibahagian atas kesemua mounting board

Foto 5: Proses membuat pengukuran gambar.

Proses seterusnya yang dilakukan adalah membuat pengukuran yang tepat bagi setiap gambar yang dipilih sebelum menampal gambar tersebut di atas mountimg board. Proses ini dilakukan demi mengelakkan gambar yang ditampal tidak kemas dan senget atau tidak sekata ukuran dibahagian atas dan bawah serta kiri dan kanan apabila ditampal di atas mounting board. 

Foto 6: Proses menggunting huruf.

Foto 6 di atas menunjukkan ahli kumpulan kami yang berusaha memilih dan menggunting huruf yang sesuai yang terdapat dalam majalah terpakai. Huruf ini bakal digunakan untuk membuat perkataan bagi kelima-lima elemen asas grafik untuk setiap gambar yang dipilih. Huruf ini juga bakal digunakan untuk membuat perkataan bagi nama kumpulan serta nama dan nombor matrik setiap ahli kumpulan.

Foto 7: Proses menampal gambar di atas mounting board. 

Proses menampal gambar di atas mounting board merupakan proses yang amat mencabar dan memerlukan ketelitian yang sangat tinggi. Gambar yang dipilih harus ditampal dengan kemas tanpa ada bubbles, dan tepat ukurannya bagi ruang dibahagian atas dan bawah serta kiri dan kanan gambar tersebut setelah ditampal di atas mounting board. 

 Foto 8: Proses menampal huruf.

Ahli kumpulan yang lain meneruskan kerja yang selebihnya iaitu menampal huruf bagi membina perkataan iaitu perkataan bagi kelima-lima eleman asas grafik serta nama kumpulan, nama ahli kumpulan, dan nombor matrik ahli kumpulan di atas mounting board. 

 Foto 9: Proses memperkemas tampalan gambar.

Proses terakhir adalah memperkemas setiap tampalan gambar yang telah dilakukan. Tampalan gambar perlu diteliti dan diperkemas sekiranya terdapat bahagian yang tidak melekat atau terdapat bubbles pada tampalan gambar tersebut. 

 Foto 10: Gambar keseluruhan ahli kumpulan.

Setelah kesemua proses berjaya dilakukan dengan kemas dan teliti, kami sekumpulan bergambar sebagai bukti penghasilan grafik tersebut yang dihasilkan bersama-sama. Alhamdulillah, kesemua ahli kumpulan juga memberi kerjasama yang baik dalam setiap proses penghasilan tugasan  grafik.

Berikut merupakan gambar yang dipilih oleh kumpulan kami:


Gambar di atas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Mudah didefinisikan sebagai pengelihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami. Mudah juga dilihat sebagai sesuatu mesej yang terdapat gambaran tersebut difahami tanpa sebarang kekeliruan. Sebagai contoh, gambar di atas menunjukkan gambar dua kuntum bunga berwarna unggu. Maka orang yang melihat gambar tersebut akan tahu bahawa gambar tersebut merupakan gambar dua kuntum bunga yang berwarna unggu. 


Gambar kedua pula menunjukkan elemen asas grafik warna. Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran yang berbentuk foto mahupun video. Misalnya, gambar di atas menfokuskan kepada penggunaan warna oren.


Gambar ketiga, elemen asas grafik teks. Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Selain itu, kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Warna yang terdapat dalam font tersebut juga penting dalam asas grafik. Sebagai contoh gambar di atas, font yang digunakan adalah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan dan saiz font juga sesuai serta penggunaan warna yang sesuai dalam font.


Gambar keempat ini pula menunjukkan elemen asas grafik kesesuaian. Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto ataupun video. Setiap watak ataupun bahan dalam grafik bersesuaian antara satu sama lain. Sebagai contoh, gambar di atas menunjukkan latar tempat di kawasan pembersihan ikan dan masa yang dilihat juga sesuai iaitu pada waktu pagi dan watak yang terdapat dalam gambar tersebut juga sesuai dengan kerja yang dilakukannya.


Gambar kelima menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Sama ada ruang kosong ataupun grafik yang sama berat di ruang tersebut. Namun, seimbang juga diterima apabila grafik dilihat dapat disampaikan dengan baik. Seperti gambar di atas, keseimbangan itu dapat dilihat apabila gambar model yang besar diletakkan di ruang kanan dan diseimbangkan dengan teks di ruang kiri.




No comments:

Post a Comment