Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk
Alim dan keluarganya pulang ke kampung
nenek dan datuk di Kajang yang merupakan nenek dan datuk sebelah ibunya.
Setelah tiba di kampung, Alim terus menjurus keluar daripada kereta dan mencari
akan ayam dan itik di kampung. Alim menangis kesedihan kerana dia memikirkan
bahawa ayam dan itik di kampung sudah tiada kerana tidak kelihatan di dalam
reban. Namun bergitu, Alim tersilap apabila neneknya menunjukkan ayam dan itik
di kampung masih ada tetapi di dalam reban yang baru dibuat oleh datuknya
kira-kira 50 meter dari reban yang lama. Alim berasa gembira dengan itu.
Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim mula mengorak langkah masuk ke dalam
rumah nenek dan datuknya. Oleh kerana persekitaran sekeliling di dalam rumah
itu sudah berbeza, Alim menjadi keliru dan sedih lantas terus menangis kerana
dia beranggapan bahawa rumah nenek dan datuknya sudah tiada lagi. Setelah itu,
Alim sudah kelihatan biasa dengan suasana yang baharu itu. Dia duduk di ruang
tamu bersama abang, kakak, dan adik perempuannya sambil menonton cerita kartun
yang tersiar di televisyen. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat
kelakuan Alim pada hari tersebut kerana Alim tiba-tiba menangis tanpa sebab
yang diketahui. Akan tetapi mereka akan sentiasa ada untuk menolong Alim.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment