Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Terdapat 10 cara penulisan blog yang baik:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), yang terdapat dalam penulisan buku Eh!!! Media Sosial, 10 cara penulisan blog yang baik yang disenaraikan di atas merupakan aspek penting yang perlu ada untuk membuatkan sesuatu blog itu menarik dan boleh memberi manfaat kepada pembaca. 

Cara pertama, aspek tajuk blog yang ingin digunakan mestilah menarik sehinggakan pembaca berasa tertarik untuk membaca kandungan blog yang ditulis.

Cara kedua, cerita atau kandungan penulisan blog haruslah menarik. Cerita yang ditulis apabila menarik ianya dapat menarik hati pembaca untuk lebih fokus dan tekun untuk membaca blog yang ditulis. Dalam cara kedua juga mestilah diselitkan cara ketiga iaitu memasukkan ayat humor untuk membuatkan cerita menjadi lebih menarik.

Cara keempat, kelima, keenam, dan ketujuh juga harus dititikberatkan dalam penulisan blog. Hal ini kerana untuk memastikan hujah yang terbaik dalam penghuraian penulisan blog penulis mesti mempunyai rujukan yang sahih serta mempunyai pengetahuan berkaitan berita terkini. Struktur ayat yang ringkas serta perkataan yang mudah difahami juga perlu digunakan dalam menghuraikan sesuatu hujah agar penulisan blog difahami pembaca.

Selebihnya, penulis juga perlu dapat berkomunikasi dengan pembaca dalam penulisan blognya serta memasukkan nilai estetika dan moral. Untuk penulisan pendidikan, penulis blog harus mempunyai ilmu agar tidak menyampaikan sesuatu yang tidak benar dan tidak tepat.

Rujukan: 
1. Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
2. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment