Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat dalam kesimpulan bab 4 (manfaat penggunaan instagram)



Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, (2019) dalam buku Eh! Media Sosial menyatakan bahawa manfaat penggunaan Instagram adalah seperti membantu pengguna Instagram dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Hal ini kerana dalam aplikasi Instagram itu sendiri sudah ada fungsi kamera untuk merakam video pendek dan boleh terus dimuat naik di Instagram. Selain itu, Instagram juga memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain kerana perkara yang dikongsi akan ditonton atau dilihat oleh masyarakat umum. Penggunaan Instagram juga dikatakan berupaya meningkatkan penggunaan teknologi kerana aplikasi Instagram terdapat dalam teknologi terkini seperti dalam telefon pintar. Tambahan lagi, pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka. Menurut kajian yang dijalankan juga, penggunaan Instagram dapat menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul.

No comments:

Post a Comment