Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa, dan pembelajaran multimedia.



Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama, dan pantun. Kebanyakan responden yang dikaji memilih salah satu daripada genre yang mereka suka untuk ditulis dalam blog.
Berdasarkan Graf 6.1, genre kesusasteraan cerpen pendek merupakan genre kesusasteraan yang paling tinggi dipilih oleh responden iaitu 86.7% lelaki dan 96.7% wanita. Hal ini kerana, mereka menyatakan bahawa cerpen pendek senang ditulis, maka penyampaian yang disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca. Responden juga berkata bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya adalah tentang cerita kanak-kanak kerana ia menarik. Genre puisi merupakan genre yang paling rendah dipilih oleh responden iaitu 66.7% lelaki dan 80% wanita. Namun bergitu, kedua-dua responden mencadangkan puisi adalah genre yang sesuai ditulis di dalam blog. Mereka juga berpandangan dan berpendapat bahawa puisi cinta, sajak untuk ibu bapa, puisi untuk orang yang istimewa, dan dedikasi untuk kelas kesusasteraan merupakan jenis puisi yang mereka suka tulis di dalam blog.Menulis puisi dalam blog bukan sahaja meningkatkan tahap keyakinan tetapi juga dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran.


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), blog dalam pembelajaran bahasa dikaji berdasarkan tiga cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan, dan melalui pemikiran kritis. Berdasarkan graf 6.2, peratus responden wanita yang paling tinggi adalah melalui cara meluahkan perasaan iaitu 100% kerana mereka lebih bersikap sentimental. Manakala peratusan terendah adalah melaui cara menulis surat iaitu sebanyak 83.3%. Peratusan responden lelaki yang paling tinggi adalah melalui cara pemikiran kritis (menulis teka-teki) iaitu sebanyak 93.3% kerana responden suka menulis teka-teki  kerana akan menerima banyak komen daripada pembaca dan hal tersebut membantu penulis blog untuk meningkatkan motivasi mereka untuk lebih banyak lagi teka-teki dalam bahasa sasaran. Peratusan yang terendah adalah melalui cara meluahkan perasaan iaitu sebanyak 66.7% kerana lelaki sukar untuk meluahkan perasaan di blog kerana ia akan dibaca oleh orang lain.


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), blog dalam pembelajaran teknologi menunjukkan peratusan yang tinggi untuk video dan audio iaitu kedua-dua responden ialah 100% termasuk responden wanita untuk foto juga 100%. Responden lelaki untuk foto sebanyak 93% kerana lelaki tidak mempunyai kamera begitu juga kamera pada telefon bimbit mereka. 

No comments:

Post a Comment