Nota Ringkas Asas Fotografi: Jenis-jenis Shot
Rujukan: Normaliza
Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa.
Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Kepentingan Rule of Thirds
Rule of Thirds
merupakan satu teknik yang penting dalam fotografi dan ia digunakan untuk
meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi untuk
mana-mana subjek. Rule of Thirds ini
digunapakai dengan adanya gambaran grid. Untuk merangka paparan semasa mengambil
gambar, jurukamera akan melakukannya dengan melihat pemidang titik atau dalam
paparan LCD. Melaui grid tersebut, Rule
of Thirds diterapkan untuk tujuan mengenal pasti empat bahagian penting
daripada imej dengan meletakkan empat titik pada grid tersebut ketika
membingkai imej. Hal tersebut juga akan memberikan empat ‘garis’ yang sangat berguna
untuk elemen dalam foto yang hendak diambil. Semasa membingkai foto atau
gambar, imej perlu dibayangkan seperti pecahan grid dan fikirkan unsur-unsur
penting dalam gambar. Unsur-unsur yang dianggap sangat penting itu kemudiannya
diletakkan pada garisan dan persimpangan grid. Seseorang atau model bagi satu
gambar itu juga mungkin perlu bergerak demi mendapatkan komposisi gambar yang
terbaik dan menarik. Dalam proses penggambaran untuk mendapatkan hasil foto
yang baik, Rule of Thirds banyak
digunakan oleh pakar fotografi. Hal ini kerana, dengan penggunaan Rule of Thirds kebanyakan gambar yang
dihasilkan adalah cantik dan lebih menarik. Akan tetapi, Rule of Thirds ini tidak semestinya kerap atau selalu digunakan
dalam proses mengambil sesuatu gambar kerana hal ini akan membataskan kretiviti
seseorang dalam menghasilkan gambar yang terbaik, cantik dan berkualiti.
Rujukan: Normaliza
Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa.
Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment