Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke
arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang
keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya
telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza
Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka pengelibatan terus dalam aktiviti agar
mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai
pengelibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran
dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraein
Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Berdasarkan Normaliza Abd Rahim, 2014, kurang keyakinan diri
semasa membuat penulisan cerita adalah satu cabaran buat seseorang individu.
Hal ini kerana, seseorang itu akan mempunyai satu sikat negatif terhadap diri
mereka sendiri dimana mereka akan beranggapan cerita yang ditulisnya itu adalah
tidak bagus dan akan dikecam atau diperkatakan oleh pembaca. Dan kerana hal
tersebut, telah membuatkan mereka berasa keberatan untuk menghasilkan satu
penulisan cerita. Dalam proses menghasilkan satu penulisan cerita, idea yang
bernas dan jalan cerita yang tersusun rapi juga amat penting dan hal ini juga
boleh menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai keyakinan apabila ingin menulis
satu cerita.
Berdasarkan Noraein Mansor dan Normaliza Abd Rahim, 2017
pula, pelajar lebih gemar pengelibatan terus dalam aktiviti supaya mereka fokus
pada proses pembelajaran bahasa. Hal ini kerana pengelibatan terus dalam
aktiviti membolehkan pelajar bertanya semasa proses pembelajaran bahasa apabila
mereka mempunyai sebarang ketidakfahaman. Pengelibatan terus juga adalah
penting untuk mengelakkan salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan
semasa proses pembelajaran. Jelas salah faham dan kebosanan boleh dielakkan
apabila ada pengelibatan terus pelajar dalam aktiviti pembelajaran kerana
mereka akan dipantau oleh pengajar sekiranya terdapat masalah dan mereka akan
giat bertanya untuk mendapatkan kepastian tentang apa yang mereka kurang
jelas.
No comments:
Post a Comment