Friday 5 June 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4

Cerita Sosial 4: Hati
Tiga nilai yang terdapat dalam cerita sosial 4:
1. Berdikari
2. Hormat-menghormati
3. Baik hati




Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 4, iaitu berdikari, hormat-menghormati, dan baik hati.

Pertama, bagi nilai berdikari, cerita sosial 4 menggambarkan keadaan Alim yang sudah mula pandai menguruskan dirinya. Dalam cerita tersebut, ibu Alim mengatakan bahawa Alim sudah pandai memakai baju sekolahnya sendiri, pandai memakai kasut sekolahnya sendiri, pandai membawa botol air ke sekolah, tidak lupa untuk bersalaman bersama ibu, ayah, abang, kakak, dan adiknya, dan Alim juga sudah pandai mengemas katilnya sendiri sebelum ke sekolah.

Kedua ialah nilai hormat-menghormati. Nilai ini terdapat dalam cerita sosial 4 kerana Cikgu Anis mengajar Alim untuk menghormati orang tua. Dalam penulisan cerita tersebut, Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua, ajar mengucapkan terima kasih, ajar mengucapkan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu yang lain. Hasilnya, Alim dan rakan-rakan sekelasnya sudah pandai menyebut ‘Selamat pagi’ dan ‘Terima kasih’.  

Ketiga, bagi nilai baik hati boleh dilihat dari watak Cikgu Anis dalam cerita sosial 4 ini. Alim juga mengatakan bahawa dia suka Cikgu Anis kerana Cikgu Anis seorang yang baik hati sehingga membuatkan Alim berasa ingin menjadi seorang guru sepertinya. Maka hal ini dapat menunjukkan bahawa sifat Cikgu Anis ialah seorang yang baik hati.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment