Friday 12 June 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5


Cerita Sosial 5: Jiran
Tiga nilai yang terdapat dalam cerita sosial 5:
1. Kerajinan
2. Pemurah
3. Kasih sayang



Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 5, iaitu nilai kerajinan, pemurah, dan kasih sayang.

Pertama, bagi nilai kerajinan, cerita sosial 5 ini menggambarkan sikap Alim yang rajin menyusun dan mengemas buku-bukunya setiap hari.

Kedua ialah nilai pemurah. Nilai pemurah dapat dilihat dalam watak Alim dan anak jirannya Sulaiman. Alim sering berkongsi apa yang dia ada bersama Sulaiman, begitu juga dengan Sulaiman. Dalam cerita sosial 5 ini, Alim berkongsi buku dengan Sulaiman, manakala Sulaiman juga kadang kala akan berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim.

Ketiga, bagi nilai kasih sayang dalam cerita sosial 5 ini, ia dapat dilihat apabila Alim jatuh sakit. Seluruh ahli keluarga Alim sedih melihat keadaan Alim yang sebegitu. Mereka juga mendoakan Alim agar cepat sembuh. Sesudah Alim sembuh, ahli keluarganya gembira melihat Alim yang sudah mula membaca buku bersama abang, kakak, dan adik perempuannya.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment