Belajarlah menunggu dengan penuh
kesabaran dan bukannya dengan sikap yang buruk. Jika anda melihat kawan anda
berada dalam kesenangan, sentiasalah gembira untuk mereka. Doakanlah juga
kesejahteraan buat mereka agar Allah juga memberikan anda nikmat seperti mana
yang anda doakan untuk orang lain. Giliran anda akan tiba apabila tepat
waktunya. Hiduplah dengan berpegang kepada prinsip ini: apabila ini bukan waktu
yang baik buat diriku, aku tidak akan membenci dan mengeluh. Aku akan sentiasa
sabar menunggu!
Bagaimana untuk anda kekal
positif dalam keadaan dunia yang tampak semakin suram diluar sana? Mari
akuinya. Terkadang dalam sesuatu masa itu terasa amat sukar bagi anda. Akan
tetapi, fokusnya di sini adalah, anda sendiri harus sentiasa mensyukuri setiap
apa yang telah dikurniakan oleh-Nya dan sentiasa percaya bahawa Allah itu
sentiasa ada buat anda. Jangan pernah meragui akan apa yang boleh dilakukan
oleh-Nya!
Tidak kira apa yang telah anda
lakukan dalam kehidupan, tetaplah percaya bahawa perubahan yang ingin anda
lakukan itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Akan tetapi ianya adalah satu
panggilan dari-Nya. Allah Yang Maha Esa akan sentiasa menanti anda untuk berubah
dan kembali kepada-Nya. Allah itu Maha Pengampun, dan pengampunan dari-Nya
tidak akan dapat anda bayangkan. Maka dengan itu, jangan pernah putus harapan
apabila anda meminta pengampunan dari-Nya, akan tetapi tetaplah melakukannya
semula tanpa jemu!
Kehidupan ini akan menjadi
lebih lancar apabila anda tidak terlalu mengharapkan akan sesuatu. Anda akan
dikhianati oleh mereka yang amat anda percayai. Anda juga akan jatuh kerana
mereka yang bergelar kawan. Jangan putus asa. Yang Maha Esa itu mempunyai
sepenuh-penuh kuasa dalam mengawal segalanya. Allah tahu siapa yang harus pergi
dan siapa yang harus tetap setia bersama anda. Allah akan sentiasa membuka
jalan buat anda. Teruskan kehidupan anda. Percayalah kepada-Nya!
Sumber: Akaun Twitter Rasmi Mufti Menk @muftimenk (https://twitter.com/muftimenk?s=08)
__________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment