Monday 4 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya boleh melihat menerusi pandangan mata anda bahawa anda adalah orang yang baik. 

Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai


2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation. 

Terjemahan Melayu: Seorang sahabat yang baik adalah apabila dia memahami anda tidak kira bertapa sukarnya anda cuba untuk menjelaskan sesuatu keadaan itu. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Kawan-kawan semua
Inilah saya yang istimewa
Saya sentiasa berusaha
Menjadi insan yang berguna


3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.

Terjemahan Melayu: Seorang kawan yang baik adalah apabila dia tidak menilai sesuatu perkara tentang diri kamu. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)

Saya yang istimewa
Bersikap baik sesama manusia
Saya dilihat berlainan rupa
Semangat positif dikongsi bersama.


4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Terjemahan Melayu: Tidak kira bagaimana anda sentiasa bersedia untuk menghadapi dunia ini, akan tetapi dunia ini akan sentiasa cuba untuk membuatkan anda rasa cabarannya. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)

Saya dengan dunia
Belajar berdikari setiap masa
Hormati orang lebih dewasa
Satu perkara disanjungi bersama


5. Teks Asal: I am willing to share what I have with others.

Terjemahan Melayu: Saya sentiasa sudi untuk berkongsi apa sahaja yang saya ada bersama orang lain. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Saya belajar setiap masa
Sifat sabar diambil kira
Dugaan besar selalu ada
Dikongsi bersama keluarga


6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada pada hari ini belum tentu menjadi milik saya apabila saya tidak bersikap jujur. Bersikap jujurlah dalam setiap perkara yang anda lakukan. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Baik hati nurani
Kuatkan jati diri
Mulia peribadi
Perasaan tenang tidak terperi


7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do your best.

Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang baik. Jadilah orang yang jujur. Sentiasa bekerja keras dan lakukan yang terbaik. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Saya seorang yang baik hati
Jujur dan ikhlas di dalam diri
Saya belajar berdikari
Menolong orang setiap hari


8. Teks Asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi akan tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif terhadap orang lain. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya Tahu)

Hati saya siapa yang tahu
Saya sendiri jadi keliru
Ingin menangis seperti selalu
Air mata keluar menderu


9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden. 

Terjemahan Melayu: Walaupun saya menghadapi cabaran secara emosi akan tetapi saya akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk tidak membebankan anda. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya Tahu)

Saya cuba memahami 
Diri saya sendiri
Mengapa jadi begini
Ayah dan ibu susah hati


10. Teks Asal: My parents will be happy when I am a better person. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan berasa gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik. 

Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 11



No comments:

Post a Comment