Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kuliah hari ini, pada 24/02/2020 (Isnin), Prof Dr Normaliza telah menjalankan Blanket Test 2.0. Syukur alhamdulillah kumpulan kami, iaitu kumpulan satu telah berjaya menjawab beberapa soalan yang diajukan. Antara soalan yang berjaya dijawab ialah:
1. Apakah yang anda faham berkaitan elemen asas grafik teks?
Jawapan: Elemen asas grafik teks merujuk kepada jenis dan siaz font yang digunakan atau dipilih dalam persembahan grafik.
2. Berdasarkan gambar yang dipaparkan (gambar lelaki tua dengan latar belakang botol yang dikaburkan), apakah asas fotografi yang dapat dilihat?
Jawapan: Portrait. Hal ini kerana gambar yang diambil adalah dalam jarak yang dekat dan menampakkan wajah seorang lelaki tua yang beremosi seakan sedih dan keseorangan.
3. Berdasarkan gambar yang dipaparkan (gambar bayi di atas tilam), apakah asas fotografi yang dapat dilihat?
Jawapan: Portrait. Hal ini kerana gambar yang diambil adalah dalam jarak yang dekat dan menampakkan wajah bayi tersebut yang mempunyai emosi yang gembira.
4. Berdasarkan gambar yang dipaparkan (gambar seorang), apakah asas fotografi yang dapat dilihat?
Jawapan: Close-up. Hal ini kerana gambar diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang serta menunjukkan wajah seseorang dengan jelas.
No comments:
Post a Comment