[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Setiap hari di waktu pagi, saya sentiasa menolong ibu saya
menyapu lantai rumah, membasuh pakaian kotor, dan mengemas rumah. Waktu berlalu
detik demi detik saya sentiasa menolong ibu dan ayah saya di rumah. Walaupun
hanya pertolongan yang kecil sahaja saya dapat berikan namun saya berasa puas
dan bersyukur kerana masih mempunyai kesempatan untuk berbakti kepada mereka selagi hayat dikandung badan.
Wahai keluargaku yang paling dikasihi sehingga ke hayat
akhir, dalam setiap langkah perbuatan
mahupun pertuturan yang bakal keluar dari mulut ini akan sentiasa ku jaga demi menjaga air muka keluarga.
Saya sayang ibu dan ayah saya... saya sayang kakak, abang, dan adik-adik saya... Mereka semua sentiasa ada bersama saya dikala susah dan senang... Saya sayang keluarga saya... Kasih keluarga membawa ke syurga...
Saya sayang ibu dan ayah saya... saya sayang kakak, abang, dan adik-adik saya... Mereka semua sentiasa ada bersama saya dikala susah dan senang... Saya sayang keluarga saya... Kasih keluarga membawa ke syurga...
Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT
No comments:
Post a Comment