Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Nota Elemen Asas Grafik


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. 

1. Mudah: Mudah merujuk kepada kefahaman seseorang apabila melihat sesuatu gambaran foto mahupun video. Apabila seseorang melihat sesuatu gambaran foto mahupun video mereka mudah faham dan tahu apa yang disampaikan atau ditunjukkan dalam gambar ataupun video.

2. Warna: Penggunaan warna dalam satu grafik tidak boleh melebihi tiga warna. Adapun lebih daripada tiga warna kebiasaanya banyak terdapat dalam foto atau video. Tetapi ada juga grafik yang hanya menggunakan saru warna sahaja berdasarkan mesej yang ingin disampaikan.

3. Teks: Teks yang baik untuk sesebuah grafik perlu mempunyai pemilihan jenis font dan juga saiz font yang sesuai untuk digunakan. Kandungan dalam teks yang digunakan juga diambil kira untuk tujuan pemahaman terhadap grafik yang dihasilkan.

4. Kesesuaian: Dalam sebuah grafik, kesesuaian ini dilihat dari segi latar tempat, latar masa, dan latar watak. 

5. Keseimbangan: Untuk keseimbangan dalam grafik, perkara yang dilihat adalah dari segi ruang dalam foto atau video yang dihasilkan. Ruang yang dimaksudkan adalah ruang di bahagian atas, bawah, kiri, dan kanan foto atau video. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment