MUHAMAD ISNORRIZAL BIN MOHD SAIDI
197504
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan
dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua
bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan
bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagaian kedua adalah sebanai strategi
kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep
‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua
interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah
positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987:61) menentukan ‘muka
positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya
‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan
hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk
merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang
mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987)
menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif,
kesopanan positif dan off-record
(tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang
mengancam itu.
Rujukan: Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT
RINGKASAN CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA
Saya yang Istimewa,
menceritakan berkenaan Alim seorang budak yang baik dan disayangi oleh keluarganya serta disenangi
jirannya. Pada suatu hari, bapa Alim pulang membawa buah-buahan tempatan yang
dibeli dari pasar tani untuk anak-anaknya kerana bapa Alim tahu bahawa mereka
gemar akan buah-buahan tempatan. Sejurus setelah itu, Alim terus memberitahu
ibunya bahawa dia ingin berkongsi
buah-buahan itu dengan Sulaiman. Alim ingat akan pesan ibu dan bapanya untuk
saling berkongsi barang atau makanan yang disukai dengan orang lain merupakan
satu perbuatan yang baik. Disebabkan itu Alim ingin berkongsi buah-buahan
tempatan yang digemarinya itu dengan Sulaiman. Alim berasa sangat puas dan
gembira dapat berkongsi buah-buahan tempatan dengan Sulaiman. Sedang Alim
membuang sampah di tong sampah besar di luar rumah, Mak Cik Timah yang sedang
menyapu lantai di luar rumah terlihat akan kelibatnya lalu terus berterima
kasih kepada Alim akan pemberian buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah
juga berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan buat Alim sekeluarga.
Rujukan: Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT