Thursday 7 May 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3.


Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

Tiga nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3:
1. Penyayang.
2. Tolong-menolong.
3. Ringan tulang.



Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 3, iaitu penyayang, tolong-menolong, dan ringan tulang.

Pertama, bagi nilai penyayang, cerita sosial 3 ini menggambarkan keadaan keluarga Alim yang sangat penyayang dan kasih antara kesemua ahli keluarga mereka. Alim sangat menyayangi ibu, bapa, abang, kakak, dan adik perempuannya. Begitu juga ahli keluarga Alim yang lain yang menyayangi Alim.

Kedua ialah nilai tolong-menolong. Bagi nilai ini dapat dilihat bahawa ahli keluarga Alim sering menolong antara satu sama lain terutama dalam hal-hal membersihkan rumah. Alim juga sering menolong ibu bapanya setiap hari. Sebagai contoh, Alim sering mengutip mainan adik perempuannya, Aisyah yang bertaburan di atas lantai dan menyimpannya semula.

Ketiga, bagi nilai ringan tulang dapat dilihat dari watak Alim yang sangat rajin membantu ibunya dan juga ahli keluarga yang lain. Walaupun Alim tidak tahu atau tidak cekap dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu, tetapi dia tetap rajin belajar untuk memahami kerja seharian di rumah. Dengan itu, Alim sentiasa belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Ibu Alim juga sering memuji Alim yang rajin dan baik orangnya.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

No comments:

Post a Comment