Nyatakan perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter (5 poin)
1. Kajian dalam Facebook mendapati bahawa Facebook merupakan satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan untuk pembelajaran secara tidak formal, manakala kajian dalam Twitter mendapati bahawa pengguna Twitter itu sendiri gemar menggunakan Twitter untuk mengemas kini rutin mereka dan menyatakan emosi mereka dalam Twitter menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi.
2. Kajian Facebook, sampel kajian diperoleh daripada 260 orang pelajar sekolah menengah dari 13 buah sekolah di Terengganu, manakala sampel kajian bagi kajian Twitter pula diambil daripada 200 orang responden yang dipilih secara rambang dalam akaun Twitter.
3. Kajian Facebook melakukan kaedah pemerhatian terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah tersebut, manakala kajian Twitter tidak melakukan kaedah pemerhatian tetapi menggunakan tweet untuk menanyakan soalan-soalan yang diberikan.
4. Fokus kajian Facebook adalah untuk meneroka penggunaan media sosial bertumpukan Facebook dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, manakala kajian Twitter berfokus kepada penggunaan dan kelebihan Twitter itu sendiri terhadap penggunanya.
5. Hasil kajian Facebook mendapati bahawa Facebook merupakan alat yang amat berkesan untuk interaksi pelajar terutama sekali dalam perbincangan aktiviti berkaitan tugas mereka serta aktiviti tidak berkaitan tugas, manakala hasil kajian Twitter mendapati semua responden bersetuju bahawa Twitter mudah untuk diakses, pantas, efisyen, dan membekalkan informasi terkini.
No comments:
Post a Comment