1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.
Terjemahan Melayu: Apabila saya berasa tenang, akan tetapi perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan sentiasa menghadapi perkara tersebut demi mendapatkan ketenangan itu semula.
Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
"Kenapa ayam dan itik tinggal di sana?," tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.
2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.
Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan tetap menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
"Kenapa dengan abang, ibu?" ujar adik perempuan Alim sambil menangis.
3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.
Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan membuatkan saya sedar bahawa kehidupan ini adalah lebih berharga daripada segalanya.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Kami sayang dan rindu Alim," kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.
4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.
Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk memanjat gunung yang tinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut akan menjadi sukar dalam sesuatu masa.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan.
5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.
Terjemahan Melayu: Saya merupakan seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa melakukan yang terbaik.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.
6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.
Terjemahan Melayu: Andai dapat saya meluahkan rasa cinta ini kepada awak, maka saya akan menjadi insan yang paling bahagia di dalam dunia ini.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.
7. Teks Asal: I have faith in you.
Terjemahan Melayu: Saya meletakkan kepercayaan kepada awak.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Ni, ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah," arah ibu sambil menunjukkan ke arah bakul sampah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.
8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.
Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk sentiasa mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Alim, mari ibu tolong!," seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke hilir.
9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.
Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya sentiasa percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10
No comments:
Post a Comment