Monday 28 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)

Ayam Parmesan

⭐⭐⭐⭐⭐       4,091 Penilaian   |   2,761 Ulasan   |    1,416 Gambar

Resipi Ayam Parmesan yang dihasilkan oleh saya adalah sedikit berbeza daripada kebiasaan yang dihasilkan di kebanyakan restoran kerana resipi ini menggunakan sos yang sedikit dan bahagian luaran salutan ayam yang lebih rangup. 



Bahan-bahan

 

  4 bahagian dada ayam tanpa kulit dan tanpa tulang

 

  Garam dan lada hitam yang sudah digiling secukup rasa

 

  2 biji telur

 

  1 cawan sebuk roti panko atau lebih mengikut keperluan

 

  ½ cawan keju Parmesan yang telah diparut

 

  2 sudu besar tepung serba guna atau lebih mengikut keperluan

 

  1 cawan minyak zaitun untuk menggoreng

 

  ½ cawan sos tomato yang telah disediakan

 

  ¼ cawan keju mozzarella segar dan dipotong dadu kecil

 

  ¼ cawan daun selasih yang siap dicincang

 

  ½ cawan keju provolone yang telah diparut

 

  ¼ cawan keju Parmesan yang telah diparut

 

  1 sudu besar minyak zaitun

 

Cara-cara 

 ☑️ Langkah 1

Panaskan ketuhar sehingga 450 darjah F (230 darjah C).

 

 ☑️ Langkah 2

Letakkan dada ayam di antara dua kepingan plastik yang tebal (beg beku yang boleh ditutup semula adalah lebih baik) di atas permukaan yang rata dan keras. Tumbuk dada ayam tersebut dengan kuat pada bahagian halus palu dada ayam sehingga ketebalannya 1/2 inci. Perapkan dada ayam tersebut bersama garam dan lada hitam.  

 

 ☑️ Langkah 3

Pukul telur dalam mangkuk dan ketepikan.

 

 ☑️ Langkah 4

Campurkan serbuk roti dan 1/2 cawan keju Parmesan dalam sebuah mangkuk yang berlainan dan ketepikan.

 

 ☑️ Langkah 5

Letakkan tepung ke dalam ayak atau penapis; ayakkan ke atas dada ayam dan salutkan pada kedua-dua belah bahagian dengan rata.

 

 ☑️ Langkah 6

Celupkan dada ayam yang telah disaluti tepung ke dalam telur yang telah dipukul. Pindahkan dada ayam tersebut ke dalam campuran serbuk roti dan salutkan pada keseluruhan dada ayam. Ulang langkah yang sama untuk kesemua dada ayam. Setelah itu, ketepikan dada ayam tersebut selama lebih kurang 15 minit.

 

 ☑️ Langkah 7

Panaskan 1 cawan minyak zaitun ke dalam kuali besar dengan api sederhana sehingga minyak kelihatan panas berkilau. Masak ayam sehingga kelihatan keemasan, kira-kira 2 minit pada setiap satu bahagian. Ayam akan selesai dimasak di dalam ketuhar.


 ☑️ Langkah 8

Letakkan ayam tersebut ke dalam loyang atau baking dish dan letakkan 1/3 cawan sos tomato pada setiap dada ayam di atasnya. Lapiskan juga setiap dada ayam dengan keju mozzarella, daun selasih segar, dan keju provolone dengan jumlah yang sama. Taburkan 1 hingga 2 sudu besar keju Parmesan di atasnya dan sembur rata minyak zaitun dalam 1 sudu besar.

 

 ☑️ Langkah 9

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga keju kelihatan keperangan dan berbuih serta di tengah dada ayam tidak lagi berwarna merah jambu atau separa masak, 15 hingga 20 minit. Termometer bacaan segera dimasukkan ke bahagian tengah dan hendaklah mencapai bacaan sekurang-kurangnya 165 darjah F (74 darjah C).

 

Nota Masakan:

Gunakan sos tomato yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda boleh juga menggantikan pesto atau herba kering Itali pilihan anda dengan selasih, atau tidak menggunakannya langsung. Sekiranya menggunakan mozzarella segar, potong menjadi kiub atau potong dadu berbanding mencincangnya atau memarutnya.

 

Fakta pemakanan

Setiap hidangan:

471 kalori; protein 42.1gm; karbohidrat 24.8gm; lemak 24.9gm; kolesterol 186.7mg; natrium 840.3mg.

 

RUJUKAN:

Allrecepis. (2020). Chicken Parmesan. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/223042/chicken-parmesan/



KERJA KUMPULAN





MUHAMAD ISNORRIZAL BIN MOHD SAIDI 
197504





NOR SYAHIRAH BINTI SARIAN
197583



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10



No comments:

Post a Comment