Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Alim dan keluarganya pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang yang merupakan nenek dan datuk sebelah ibunya. Setelah tiba di kampung, Alim terus menjurus keluar daripada kereta dan mencari akan ayam dan itik di kampung. Alim menangis kesedihan kerana dia memikirkan bahawa ayam dan itik di kampung sudah tiada kerana tidak kelihatan di dalam reban. Namun bergitu, Alim tersilap apabila neneknya menunjukkan ayam dan itik di kampung masih ada tetapi di dalam reban yang baru dibuat oleh datuknya kira-kira 50 meter dari reban yang lama. Alim berasa gembira dengan itu. Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim mula mengorak langkah masuk ke dalam rumah nenek dan datuknya. Oleh kerana persekitaran sekeliling di dalam rumah itu sudah berbeza, Alim menjadi keliru dan sedih lantas terus menangis kerana dia beranggapan bahawa rumah nenek dan datuknya sudah tiada lagi. Setelah itu, Alim sudah kelihatan biasa dengan suasana yang baharu itu. Dia duduk di ruang tamu bersama abang, kakak, dan adik perempuannya sambil menonton cerita kartun yang tersiar di televisyen. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim pada hari tersebut kerana Alim tiba-tiba menangis tanpa sebab yang diketahui. Akan tetapi mereka akan sentiasa ada untuk menolong Alim. 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Terdapat 10 cara penulisan blog yang baik:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), yang terdapat dalam penulisan buku Eh!!! Media Sosial, 10 cara penulisan blog yang baik yang disenaraikan di atas merupakan aspek penting yang perlu ada untuk membuatkan sesuatu blog itu menarik dan boleh memberi manfaat kepada pembaca. 

Cara pertama, aspek tajuk blog yang ingin digunakan mestilah menarik sehinggakan pembaca berasa tertarik untuk membaca kandungan blog yang ditulis.

Cara kedua, cerita atau kandungan penulisan blog haruslah menarik. Cerita yang ditulis apabila menarik ianya dapat menarik hati pembaca untuk lebih fokus dan tekun untuk membaca blog yang ditulis. Dalam cara kedua juga mestilah diselitkan cara ketiga iaitu memasukkan ayat humor untuk membuatkan cerita menjadi lebih menarik.

Cara keempat, kelima, keenam, dan ketujuh juga harus dititikberatkan dalam penulisan blog. Hal ini kerana untuk memastikan hujah yang terbaik dalam penghuraian penulisan blog penulis mesti mempunyai rujukan yang sahih serta mempunyai pengetahuan berkaitan berita terkini. Struktur ayat yang ringkas serta perkataan yang mudah difahami juga perlu digunakan dalam menghuraikan sesuatu hujah agar penulisan blog difahami pembaca.

Selebihnya, penulis juga perlu dapat berkomunikasi dengan pembaca dalam penulisan blognya serta memasukkan nilai estetika dan moral. Untuk penulisan pendidikan, penulis blog harus mempunyai ilmu agar tidak menyampaikan sesuatu yang tidak benar dan tidak tepat.

Rujukan: 
1. Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
2. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.