Tuesday 15 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL

 


Gambar Bukti Kehadiran Minggu 3



BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 2: gambar e-mel tugasan individu yang perlu dihantar sebelum tamat waktu kuliah jam 12 tengahari. Perkataan di dalam tugasan individu juga hanya diberikan di dalam kuliah sahaja.



BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL

 


Gambar Bukti Kehadiran Minggu 2: gambar e-mel tugasan individu yang perlu dihantar sebelum tamat waktu kuliah jam 12 tengahari. Perkataan di dalam tugasan individu juga hanya diberikan di dalam kuliah sahaja. 



Friday 17 July 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, okay hari ni kita nak kongsikan hasil ciptaan dan rekaan kalendar tahun 2021 yang dibuat sendiri ya😊

Sebelum tu, meh sini nak cerita proses semasa kita buat kalendar 2021 ni...

Okay software yang digunakan untuk hasilkan kalendar 2021 ni ialah Photoshop ver. 2020 (ni untuk saya la ya), tetapi untuk anda semua terserah nak guna software apa.. ahahaha sebab saya retinya hanya tu sahaja huhuhuhuhu

Baiklah antara perkara atau syarat wajib yang perlu ada pada muka hadapan kalendar ini ialah,
  • Latar belakang
  • Nama kalendar 2021
  • Nama penuh pelajar
  • No. matrik
  • Nama pensyarah
  • Kod dan Nama kursus

Bagi setiap bulan dalam kalendar ini pula perlu mengandungi,
  • Latar belakang
  • Bulan kalendar 2021 dalam bahasa Melayu
  • Gambar berkaitan diri, keluarga, atau rakan-rakan
  • Kata-kata hikmah

Baiklah, proses saya menghasilkan kalendar 2021 ini adalah dengan cara 
  1. Create canva berukuran 5 inci tinggi dan 7 inci lebar
  2. Open file berkaitan gambar-gambar yang ingin digunakan dalam bulan kalendar tersebut iaitu latar belakang, bulan kalendar 2021, gambar berkaitan diri, keluarga, atau rakan-rakan
  3. Pindah letak gambar-gambar yang ingin digunakan tersebut dalam canva yang telah dihasilkan seperti (1)
  4. Mendekorasi setiap aspek dalam rekaan kalendar tersebut mengikut kreativiti masing-masing
  5. Menaip kata-kata hikmah yang direka sendiri oleh kita ya
  6. Selesai proses 1 sehingga 5, kita akan Save rekaan kalendar kita ini dalam format Photoshop kerana jika ada kesalahan atau perkara yang perlu ditambah baik kita hanya perlu mengedit dari file tersebut sahaja tanpa perlu mereka cipta semula dari awal
  7. Hasil rekaan kalendar yang telah muktamad seterusnya akan di Save As dalam format gambar iaitu PNG atau JPEG
  8.  Ulang proses 1 sehingga 7 bagi setiap bulan kalendar yang akan dihasilkan

Berikut merupakan hasil daripada rekaan kalendar 2021 saya, segala kekurangannya harap dimaafkan ya 😊

























Friday 19 June 2020

BBM3410Satu2020: PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Nyatakan perbezaan kajian dalam bab Facebook dan Twitter (5 poin)

1. Kajian dalam Facebook mendapati bahawa Facebook merupakan satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan untuk pembelajaran secara tidak formal, manakala kajian dalam Twitter mendapati bahawa pengguna Twitter itu sendiri gemar menggunakan Twitter untuk mengemas kini rutin mereka dan menyatakan emosi mereka dalam Twitter menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi.

2. Kajian Facebook, sampel kajian diperoleh daripada 260 orang pelajar sekolah menengah dari 13 buah sekolah di Terengganu, manakala sampel kajian bagi kajian Twitter pula diambil daripada 200 orang responden yang dipilih secara rambang dalam akaun Twitter.

3. Kajian Facebook melakukan kaedah pemerhatian terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah tersebut, manakala kajian Twitter tidak melakukan kaedah pemerhatian tetapi menggunakan tweet untuk menanyakan soalan-soalan yang diberikan. 

4. Fokus kajian Facebook adalah untuk meneroka penggunaan media sosial bertumpukan Facebook dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, manakala kajian Twitter berfokus kepada penggunaan dan kelebihan Twitter itu sendiri terhadap penggunanya.

5. Hasil kajian Facebook mendapati bahawa Facebook merupakan alat yang amat berkesan untuk interaksi pelajar terutama sekali dalam perbincangan aktiviti berkaitan tugas mereka serta aktiviti tidak berkaitan tugas, manakala hasil kajian Twitter mendapati semua responden bersetuju bahawa Twitter mudah untuk diakses, pantas, efisyen, dan membekalkan informasi terkini. 

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1



Logo tersebut dibuat dengan menggambarkan keluarga yang bahagia. Kasih Keluarga Membawa Bahagia merupakan tagline hahahahahahaha. Semoga semuanya berbahagia disamping keluarga tercinta ya... Jadi anak yang baik, soleh dan solehah kepada kedua ibu bapa...

Berikut merupakan lirik lagu tersebut:

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik, dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.