Tuesday 15 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 6: merupakan gambar e-mel yang harus dihantar dalam tempoh waktu kuliah sahaja. Penulisan cerita dalam e-mel tersebut juga hanya diceritakan oleh Prof sewaktu kuliah minggu 6 sahaja.



BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

        Pengalaman Prof. Dr. Normaliza sewaktu belajar di United Kingdom (UK), dan menetap disana selama enam tahun, banyak memberi pengalaman yang baharu kepada beliau. Beliau menceritakan bahawa sewaktu menuntut di UK, kebanyakan pelajar dari Malaysia lebih memilih untuk mencari rumah sewa berdekatan atau berhampiran dengan kedai-kedai Pakistan. Hal ini kerana, perkara tersebut akan lebih memudahkan beliau dan juga rakyat Malaysia yang beragama Islam yang lain untuk memperoleh sumber makanan yang halal. Selain itu, perkara tersebut juga dapat memudahkan mereka untuk menunaikan solat berdekatan masjid yang berhampiran. 

        Pengalaman Prof. yang seterusnya pula adalah berkaitan dengan sikap segelintir orang Malaysia apabila berada di UK. Berikutan hal ini, beliau mengatakan bahawa terdapat orang Malaysia yang tidak suka ditegur oleh sesama orang Malaysia apabila di sana. Mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri dan berpaling ke arah yang lain apabila terserempak dengan orang Malaysia yang lain, contohnya seperti di pasar raya. Setelah Prof. mengetahui akan perkara tersebut, beliau tidak lagi menegur orang Malaysia tetapi sekadar memberikan senyuman sahaja apabila berselisih sesama orang Malaysia. 

        Kesimpulannya, beliau mengatakan bahawa kita perlulah menjadi lebih menghargai sesama kita apabila berada dinegara orang. Beliau juga berpesan bahawa apabila kita berada di negara orang, elakkan membuat sesuatu yang overreact atau bersikap berlebih-lebihan disana. Hal ini kerana rakyat di negara itu kebanyakannya tidak menyukai kedatangan daripada orang luar.



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 6: merupakan gambar e-mel yang harus dihantar dalam tempoh waktu kuliah sahaja. Penulisan cerita dalam e-mel tersebut juga hanya diceritakan oleh Prof sewaktu kuliah minggu 6 sahaja. 



BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.




Gambar Bukti Kehadiran Minggu 5 



BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 5



BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL

 


Gambar Bukti Kehadiran Minggu 5



BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1

 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 4



BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

Pada hari ini, Prof. Dr. Normaliza menceritakan kisah anak bongsunya yang bernama Alim. Kisah tersebut merupakan pengalaman Alim buat kali pertama di pejabat pos untuk membantu ibunya, Prof. Dr. Normaliza mengepos sepucuk surat. Terdapat perkara yang melucukan berlaku pada diri Alim apabila dia mencuba untuk melekatkan stem pada sampul surat berkenaan. Setelah hampir 15 minit berlalu, Alim menghantar mesej melalui Whatsapp kepada ibunya dan memberitahu kesulitan yang dihadapinya untuk melekatkan stem berkenaan. Apa yang difikirkan oleh Alim ialah stem itu merupakan sejenis pelekat yang harus dibuka atau dikopek terlebih dahulu sebelum melekatkannya. Setelah Prof. Dr. Normaliza, ibunya mengetahui akan perkara tersebut, beliau mendapati bahawa perkara tersebut melucukan. Prof. Dr. Normaliza kemudiannya memberitahu kepada Alim bahawa stem berkenaan bukanlah pelekat seperti yang difikirkan olehnya, akan tetapi, stem tersebut sudah mempunyai gamnya yang tersendiri dan hanya perlu membasahkannya sedikit untuk melekatkannya pada sampul surat. Alim berasa sangat teruja kerana dirinya baru mengetahui akan hal tersebut. Setelah mendengar penjelasan daripada ibunya, Alim berasa sangat gembira kerana sudah berjaya melekatkan stem tersebut pada sampul surat berkenaan. 



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 4