Thursday 7 May 2020
BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA.
Noraein
Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!!
Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3.
Cerita Sosial 3: Keluarga Saya
Tiga
nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3:
1.
Penyayang.
2.
Tolong-menolong.
3.
Ringan tulang.
Terdapat
tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 3, iaitu penyayang,
tolong-menolong, dan ringan tulang.
Pertama,
bagi nilai penyayang, cerita sosial 3 ini menggambarkan keadaan keluarga Alim
yang sangat penyayang dan kasih antara kesemua ahli keluarga mereka. Alim
sangat menyayangi ibu, bapa, abang, kakak, dan adik perempuannya. Begitu juga
ahli keluarga Alim yang lain yang menyayangi Alim.
Kedua
ialah nilai tolong-menolong. Bagi nilai ini dapat dilihat bahawa ahli keluarga
Alim sering menolong antara satu sama lain terutama dalam hal-hal membersihkan
rumah. Alim juga sering menolong ibu bapanya setiap hari. Sebagai contoh, Alim
sering mengutip mainan adik perempuannya, Aisyah yang bertaburan di atas lantai
dan menyimpannya semula.
Ketiga,
bagi nilai ringan tulang dapat dilihat dari watak Alim yang sangat rajin
membantu ibunya dan juga ahli keluarga yang lain. Walaupun Alim tidak tahu atau
tidak cekap dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu, tetapi dia tetap rajin
belajar untuk memahami kerja seharian di rumah. Dengan itu, Alim sentiasa
belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Ibu Alim juga sering memuji Alim yang
rajin dan baik orangnya.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori
dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).
Menurut
Normaliza Abd Rahim, 2019, terdapat lima kepentingan asas grafik, iaitu
menarik, mudah difahami, mesej, ketara (predictability), dan promosi.
Pertama
ialah menarik. Asas grafik yang menarik sangat penting untuk menarik semua
golongan masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin
disampaikan apabila dalam sesuatu grafik itu terdapat asas grafik yang sesuai.
Seterusnya, foto atau video yang menarik dapat meninggalkan kesan yang baik
tanpa berasa keliru dan tidak puas hati dengan apa yang dipaparkan.
Kedua,
mudah difahami. Setiap apa yang dipaparkan memerlukan konsep mudah difahami.
Asas grafik yang mudah difahami juga sangat penting dalam kalangan masyarakat
keseluruhannya. Hal ini kerana masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau
dibaca mudah difahami tanpa berasa keliru.
Ketiga,
mesej. Mesej merujuk kepada apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat dan
ianya sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana setiap apa yang dilihat
atau ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang hendak disampaikan.
Seterusnya, mesej yang hendak disampaikan tersebut dapat meninggalkan kesan
dalam kalangan masyarakat.
Keempat
pula ialah ketara atau predictability. Ketara
juga sangat penting dalam asas grafik kerana foto atau video yang dipaparkan
akan memberikan peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah
begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau
mesej yang hendak disampaikan
Kelima,
promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan positif terhadap
mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan dalam
kalangan masyarakat. Hal ini kerana promosi akan lebih berjaya jika asas grafik
diterapkan dalam foto ataupun video.
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam
Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.Friday 1 May 2020
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2
Tiga nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa
Tiga nilai yang terkandung dalam cerita ini adalah seperti
menjaga kebersihan, saling membantu, dan baik hati.
Pertama, bagi nilai menjaga kebersihan, saya dapati nilai ini
terdapat dalam cerita sosial 2 kerana ibu Alim berpesan kepada anak-anak mereka
agar membuang semua sampah ke dalam bakul sampah yang telah disediakan. Hal ini
kerana untuk mengelakkan keadaan rumah menjadi kotor dan bersepah. Maka hal ini
jelas menunjukkan terdapat nilai menjaga kebersihan.
Kedua, nilai saling membantu didapati juga dalam cerita ini
kerana Alim membantu abang, kakak, ibu dan ayahnya mengemas rumah setelah Alim
selesai makan. Nilai saling membantu ini juga dapat dilihat dalam ahli keluarga
Alim sendiri dimana mereka bersama-sama mengemas rumah. Maka hal ini telah
menunjukkan wujudnya nilai saling membantu dalam cerita sosial 2 ini.
Ketiga, nilai baik hati diperoleh dalam cerita sosial 2 ini
kerana sikap Alim yang baik hati kerana sudi berkongsi buah-buahan dengan
Sulaiman. Alim juga dikatakan anak yang baik dalam keluarganya. Selain itu,
Alim juga mengatakan bahawa keluarga Sulaiman juga adalah jiran atau orang yang
baik hati. Oleh itu, nilai baik hati ini jelas terdapat dalam cerita sosial 2.
Rujukan: Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan
Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT
BBM3410Satu2020: RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Gambar di atas merupakan bukti pelaksanaan tugasan berkaitan Rule of Thirds dengan swafoto dan gambar yang dilukis adalah seorang budak lelaki berswafoto sendirian berlatar belakang pemandangan gunung-ganang, pantai, sampan, dan burung berterbangan. Ya ya ya lukisan tidak cantik, tapi boleh la untuk mengekspresikan apa itu rule of thirds dalam swafoto.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Ini adalah caption bagi post Facebook tersebut:
Rule of Thirds merupakan satu teknik yang penting dalam fotografi dan ia digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi untuk mana-mana subjek. Rule of Thirds ini digunapakai dengan adanya gambaran grid. Dalam swafoto, rule of thirds ini boleh juga digunakan untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik dan menarik. Hal ini kerana dengan penggunaan teknik tersebut unsur-unsur penting dalam gambar dapat difokuskan. Sebagai contoh, gambar dibawah ini memaparkan seorang budak lelaki yang berswafoto sendirian dengan berlatar belakang pemandangan gunung-ganang, pantai, burung berterbangan, dan sampan. Dengan berdirinya dia di bahagian kanan bingkai gambar, maka gambaran gunung-ganang, pantai, burung berterbangan, dan sampan dilebihkan pada bahagian kiri dan hal ini akan memberikan keseimbangan pada imej tersebut dan unsur penting gambar juga dapat difokuskan.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)