Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

MUHAMAD ISNORRIZAL BIN MOHD SAIDI 197504

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, gambar di atas merupakan Aktiviti 2 yang terdapat dalam buku Eh!!! Media Sosial. Berikut merupakan pandangan saya berkaitan tajuk yang diberikan, iaitu apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa? 


Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Proses Pembuatan Grafik Kumpulan TechNinjas' Production




Kuliah pada 17/02/2020 (Isnin), kami telah mendapat tugasan untuk menghasilkan sebuah grafik dimana setiap kumpulan perlu mencari lima gambar yang mempunyai elemen-elemen asas grafik dalam gambar yang dipilih. Antara barang yang diperlukan ialah:

1. Enam keping mounting board berukuran saiz A4 berwarna hitam.
2. Gam UHU stic.
3. Reben setengah meter panjang, suku inci lebar.
4. Pisau lipat.
5. Gunting
6. Majalah terpakai jenis glossy.

Foto 1: Proses memilih gambar yang sesuai.

Langkah pertama yang dilakukan adalah memilih lima keping gambar yang bersesuaian iaitu mempunyai kelima-lima elemen asas grafik dalam satu gambar iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. Seterusnya melabelkan gambar tersebut mengikut elemen asas grafik yang lebih cenderung dalam gambar tersebut.


Foto 2: Memotong gambar yang dipilih.

Setelah gambar dipilih dan disemak oleh Prof. terlebih dahulu, langkah seterusnya adalah memotong gambar yang dipilih dengan teliti dan kemas. Gambar yang dipotong mestilah mempunyai elemen-elemen asas grafik dan membuang bahagian yang tidak mempunyai kaitan dengan elemen-elemen asas grafik tersebut.

Foto 3: Membuat ukuran di atas mounting board.

Foto 3 di atas menunjukkan ahli kumpulan melakukan pengukuran di atas mounting board untuk mengelakkan ketidaksamaan lubang bagi kesemua mounting board sebelum proses menebuk lubang pada bahagian atas mounting board. Ukuran yang dibuat untuk kawasan menebuk lubang adalah sebanyak 2 sentimeter.

Foto 4: Proses menebuk lubang.

Setelah selesai membuat pengukuran di atas mounting board, seterusnya kami melakukan proses menebuk lubang dibahagian atas kesemua mounting board

Foto 5: Proses membuat pengukuran gambar.

Proses seterusnya yang dilakukan adalah membuat pengukuran yang tepat bagi setiap gambar yang dipilih sebelum menampal gambar tersebut di atas mountimg board. Proses ini dilakukan demi mengelakkan gambar yang ditampal tidak kemas dan senget atau tidak sekata ukuran dibahagian atas dan bawah serta kiri dan kanan apabila ditampal di atas mounting board. 

Foto 6: Proses menggunting huruf.

Foto 6 di atas menunjukkan ahli kumpulan kami yang berusaha memilih dan menggunting huruf yang sesuai yang terdapat dalam majalah terpakai. Huruf ini bakal digunakan untuk membuat perkataan bagi kelima-lima elemen asas grafik untuk setiap gambar yang dipilih. Huruf ini juga bakal digunakan untuk membuat perkataan bagi nama kumpulan serta nama dan nombor matrik setiap ahli kumpulan.

Foto 7: Proses menampal gambar di atas mounting board. 

Proses menampal gambar di atas mounting board merupakan proses yang amat mencabar dan memerlukan ketelitian yang sangat tinggi. Gambar yang dipilih harus ditampal dengan kemas tanpa ada bubbles, dan tepat ukurannya bagi ruang dibahagian atas dan bawah serta kiri dan kanan gambar tersebut setelah ditampal di atas mounting board. 

 Foto 8: Proses menampal huruf.

Ahli kumpulan yang lain meneruskan kerja yang selebihnya iaitu menampal huruf bagi membina perkataan iaitu perkataan bagi kelima-lima eleman asas grafik serta nama kumpulan, nama ahli kumpulan, dan nombor matrik ahli kumpulan di atas mounting board. 

 Foto 9: Proses memperkemas tampalan gambar.

Proses terakhir adalah memperkemas setiap tampalan gambar yang telah dilakukan. Tampalan gambar perlu diteliti dan diperkemas sekiranya terdapat bahagian yang tidak melekat atau terdapat bubbles pada tampalan gambar tersebut. 

 Foto 10: Gambar keseluruhan ahli kumpulan.

Setelah kesemua proses berjaya dilakukan dengan kemas dan teliti, kami sekumpulan bergambar sebagai bukti penghasilan grafik tersebut yang dihasilkan bersama-sama. Alhamdulillah, kesemua ahli kumpulan juga memberi kerjasama yang baik dalam setiap proses penghasilan tugasan  grafik.

Berikut merupakan gambar yang dipilih oleh kumpulan kami:


Gambar di atas menunjukkan elemen asas grafik mudah. Mudah didefinisikan sebagai pengelihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami. Mudah juga dilihat sebagai sesuatu mesej yang terdapat gambaran tersebut difahami tanpa sebarang kekeliruan. Sebagai contoh, gambar di atas menunjukkan gambar dua kuntum bunga berwarna unggu. Maka orang yang melihat gambar tersebut akan tahu bahawa gambar tersebut merupakan gambar dua kuntum bunga yang berwarna unggu. 


Gambar kedua pula menunjukkan elemen asas grafik warna. Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran yang berbentuk foto mahupun video. Misalnya, gambar di atas menfokuskan kepada penggunaan warna oren.


Gambar ketiga, elemen asas grafik teks. Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Selain itu, kandungan dalam teks juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik. Warna yang terdapat dalam font tersebut juga penting dalam asas grafik. Sebagai contoh gambar di atas, font yang digunakan adalah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan dan saiz font juga sesuai serta penggunaan warna yang sesuai dalam font.


Gambar keempat ini pula menunjukkan elemen asas grafik kesesuaian. Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak yang terdapat dalam sesuatu foto ataupun video. Setiap watak ataupun bahan dalam grafik bersesuaian antara satu sama lain. Sebagai contoh, gambar di atas menunjukkan latar tempat di kawasan pembersihan ikan dan masa yang dilihat juga sesuai iaitu pada waktu pagi dan watak yang terdapat dalam gambar tersebut juga sesuai dengan kerja yang dilakukannya.


Gambar kelima menunjukkan elemen asas grafik keseimbangan. Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang yang dimaksudan ialah ruang di kiri dan kanan serta atas dan bawah. Sama ada ruang kosong ataupun grafik yang sama berat di ruang tersebut. Namun, seimbang juga diterima apabila grafik dilihat dapat disampaikan dengan baik. Seperti gambar di atas, keseimbangan itu dapat dilihat apabila gambar model yang besar diletakkan di ruang kanan dan diseimbangkan dengan teks di ruang kiri.




BBM3410Satu2020: Blanket Test

Dalam kuliah pada 17/02/2020 (Isnin), kumpulan kami iaitu Kumpulan 1 telah berjaya menjawab empat soalan yang diberikan oleh Prof. Normaliza berkenaan topik Asas Grafik dalam buku Multimedia Dalam Bahasa.

1. Berapakah bilangan halaman muka surat yang terdapat dalam tajuk Asas Grafik?

Jawapan: 11 halaman muka surat, bermula halaman 71 sehingga halaman 81. 

2. Apakah kepentingan Rule of third?

Jawapan: Rule of third penting untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.

3. Apakah elemen asas grafik yang dapat dilihat berdasarkan gambar kedua yang dipaparkan oleh Prof. melalui paparan LCD di layar putih?

Jawapan: Elemen asas grafik yang yang dijawab oleh ahli kumpulan kami adalah elemen mudah. Hal ini kerana gambar yang dipaparkan jelas dan mudah difahami apabila kita melihatnya. Dalam gambar yang dipaparkan kita mudah mengetahui bahawa gambar tersebut menunjukkan pemandangan sebuah pulau yang indah.

4. Apakah elemen asas grafik yang dapat dilihat berdasarkan gambar ketiga yang dipaparkan oleh Prof. melalui paparan LCD di layar putih?

Jawapan:  Dalam gambar ketiga, kumpulan kami juga berjaya menjawab elemen asas grafik mudah dalam gambar yang dipaparkan. Hal ini kerana gambar yang dipaparkan mudah difahami oleh kumpulan kami bahawa gambar tersebut menunjukkan sebuah pantai yang mempunyai sebuah jambatan, dan juga bot.


Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk 

Alim dan keluarganya pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang yang merupakan nenek dan datuk sebelah ibunya. Setelah tiba di kampung, Alim terus menjurus keluar daripada kereta dan mencari akan ayam dan itik di kampung. Alim menangis kesedihan kerana dia memikirkan bahawa ayam dan itik di kampung sudah tiada kerana tidak kelihatan di dalam reban. Namun bergitu, Alim tersilap apabila neneknya menunjukkan ayam dan itik di kampung masih ada tetapi di dalam reban yang baru dibuat oleh datuknya kira-kira 50 meter dari reban yang lama. Alim berasa gembira dengan itu. Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim mula mengorak langkah masuk ke dalam rumah nenek dan datuknya. Oleh kerana persekitaran sekeliling di dalam rumah itu sudah berbeza, Alim menjadi keliru dan sedih lantas terus menangis kerana dia beranggapan bahawa rumah nenek dan datuknya sudah tiada lagi. Setelah itu, Alim sudah kelihatan biasa dengan suasana yang baharu itu. Dia duduk di ruang tamu bersama abang, kakak, dan adik perempuannya sambil menonton cerita kartun yang tersiar di televisyen. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim pada hari tersebut kerana Alim tiba-tiba menangis tanpa sebab yang diketahui. Akan tetapi mereka akan sentiasa ada untuk menolong Alim. 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

Terdapat 10 cara penulisan blog yang baik:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), yang terdapat dalam penulisan buku Eh!!! Media Sosial, 10 cara penulisan blog yang baik yang disenaraikan di atas merupakan aspek penting yang perlu ada untuk membuatkan sesuatu blog itu menarik dan boleh memberi manfaat kepada pembaca. 

Cara pertama, aspek tajuk blog yang ingin digunakan mestilah menarik sehinggakan pembaca berasa tertarik untuk membaca kandungan blog yang ditulis.

Cara kedua, cerita atau kandungan penulisan blog haruslah menarik. Cerita yang ditulis apabila menarik ianya dapat menarik hati pembaca untuk lebih fokus dan tekun untuk membaca blog yang ditulis. Dalam cara kedua juga mestilah diselitkan cara ketiga iaitu memasukkan ayat humor untuk membuatkan cerita menjadi lebih menarik.

Cara keempat, kelima, keenam, dan ketujuh juga harus dititikberatkan dalam penulisan blog. Hal ini kerana untuk memastikan hujah yang terbaik dalam penghuraian penulisan blog penulis mesti mempunyai rujukan yang sahih serta mempunyai pengetahuan berkaitan berita terkini. Struktur ayat yang ringkas serta perkataan yang mudah difahami juga perlu digunakan dalam menghuraikan sesuatu hujah agar penulisan blog difahami pembaca.

Selebihnya, penulis juga perlu dapat berkomunikasi dengan pembaca dalam penulisan blognya serta memasukkan nilai estetika dan moral. Untuk penulisan pendidikan, penulis blog harus mempunyai ilmu agar tidak menyampaikan sesuatu yang tidak benar dan tidak tepat.

Rujukan: 
1. Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT.
2. Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.