Friday 8 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

5. Kepentingan Kajian (Bab1). #JomTulisTesis

Bab 1
1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini kita perlu jelaskan atau ceritakan secara terperinci kerana di sini kita biasanya dalam borang pemeriksa kita ada satu bahagian yang menunjukkan apakah kepentingan kajian ini. Yelah kalau kajian tak penting, kenapa kita perlu jalankan kajian. Jadi sebab itulah kita jalankan kajian. Jadi untuk bahagian ini kita akan tulis dengan menggunakan subtopik. Jadi subtopik kepentingan kajian ini di bawahnya kita ada lagi subtopik yang lain. Jadi yang bahagian ini, kita kena ambik yer, kalau contohnya sekarang kajian kita tentang wacana teks animasi cerita rakyat. Jadi kajian ini penting kerana apa? Untuk siapa? Jadi kita kena nyatakan. Dalam kepentingan kajian ini kita kena jelaskan mengikut yang besar dahulu. Jadi, daripada kajian ini, kita lihat mungkin kepentingan kepada masyarakat. Jadi apa dia? Kena huraikan bawah ini. Jadi masyarakat itu besar, jadi bila besar itu, kita huraikan dalamsatu perenggan. Kemudian kita kecilkan lagi. Apa yang kecik lagi? Contohnya kementerian pelajaran atau kementerian pendidikan. Jadi letak tajuk ini,makna kajian ini penting untuk yang ini. Jadi huraikan bawah dia kenapa dia penting. Tapi pastikan bila kita nak hurai tu kita kaitkan balik dengan kajian kita. Makna tajuk tu dari segi mana? Dari sudut mana? Yang penting tu. Jadi kemudian turun lagi kepada yang lebih kecil lagi. Mungkin sekolah. Sekolah tu dari sudut mana. Dari segi mana yang pentingnya kajian ini. Jadi adakah ia penting kepada guru sahaja, guru besar ataupun pelajar . Jadi itu yang lain pulak. Jadi yang ini kita boleh letak pelajar. Jadi daripada besar hinggalah ke kecil. Ok sekarang ni dari segi pelajar. Dari segi mana pentingnya. Huraikan pulak dalam satu perenggan. Kemudian yang sini mungkinlah guru sebab guru perlu menyediakan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran (PnP). Jadi kita huraikan dari segi apa?. Jadi dalam ini kadang kala didapati ada penyelia yang nyatakan bahawa setiap huraian dalam ini yang awak jelaskan untuk subtopik ini perlu disokong dengan sarjana atau kajian lain. Bolehh juga sebenarnya macam saya katakana terpulang kepada penyelia kerana saya ulang sekali lagi iaitu setiap penyelia mempunyai different school of thought. Jadi pemikiran kita berbeza. Jadi mungkin ada penyelia kata okay awak letak sokongan kenapa pentingnya kepada masyarakat. Kenapa kementerian? Kenapa sekolah? Kenapa pelajar? Kenapa guru?. Jadi kena ada sokongan. Bagi saya kalau dihuraikan di sini sebab bagi saya ialah kepentingan kajian ini menurut kajian awak sendiri. Jadi bila kita buat huraian di sini berkait rapat dengan kajian kita. Makna huraikan dari sudut mana pentingnya. Jadi bila kita buat huraian kalu tiada rujukan pun tidak mengapa kerana huraian yang awak tulis dalam ini sudah cukup jelas untuk setiap satu. Bertapa pentingnya kajian ini kepada masyarakat,kementerian. Sekolah, pelajar dan guru. Julah kepentingan ini biasanya takkan kita nak letaksatu sahaja, nanti nampak sangat tak penting kajian ini jadi biasanya kita akan letak minima tiga dan maksima lima. Ini biasalah kalau nak lebih lima boleh tetapi kalau terlampau banyak sangat mungkin akan termasuk dalam kateogri yang sama. Jadi tidak perlulah kita letak banyak sangat subtopik. Cantumkan ia supaya menjadi satu subtopic yang lain. Hal ini kerana apabila terlalu banyak kepentingan kita sebagai pemeriksa akan lihat kenapa ini sama dengan ini. Ini sama dengan itu. Kenapa awak perlu huraikan? Nak pecah-pecahkan pula. Jadi kalau minima tiga kita boleh kumpulkan. Jadi ingat bila buat kepentingan kajian ini mestilah daripada besar kepada kecil iaitu daripada masyarakat kepada pelajar dan guru. 



TERJEMAHAN INGGERIS

5. Significance of the Study (Chapter 1). #Let'sWriteAThesis.

Chapter 1
1.6 Significance of the Study

The importance of this study we need to explain or narrate in detail because here we are usually in our examiner boring there is a section that shows what the importance of this study. If research is not important, why do we need to conduct research. So that's why we do research. So for this section we will write using subtopics. So the subtopic of the importance of this study below we have another subtopic. So this part, we have to ambiguous yer, if for example now our study of the discourse of animated text of folklore. So this study is important because of what? For whom? So we have to state. In the importance of this study we have to explain in large terms first. So, from this study, we see perhaps the importance to society. So what is he? Need to describe below. So the community is big, so when it is big, we describe it in one paragraph. Then we shrink again. What else is small? For example the ministry of education or the ministry of education. So put this title, the meaning of this study is important for this one. So explain below why he is important. But make sure when we want to explain that we link back to our study. In what sense is the title? From which angle? That is important. So then down again to the smaller ones. Maybe school. Which school is it from? In what sense is this study important. So is it important for teachers only, headmasters or students. So that's another pulak. So this one we can place students. So from big to small. Ok now this is in terms of students. In what sense is it important. Explain pulak in one paragraph. Then here may be the teacher because the teacher needs to provide materials for teaching and learning (PnP). So we describe in what terms ?. So in this sometimes it is found that there are supervisors who state that every description in this that you explain for this subtopic should be supported by scholars or other studies. It can also actually be like I said it depends on the supervisor because I repeat again that every supervisor has a different school of thought. So our thinking is different. So maybe some supervisors say okay you put support why it is important to the community. Why the ministry? Why school? Why students? Why teacher ?. So there must be support. For me, if described here, the reason for me is the importance of this study according to your own research. So when we make a description here it is closely related to our study. Meaning explain from which angle it is important. So when we make a description if there is no reference, it doesn't matter because the description you wrote in this is clear enough for each one. How important this study is to the community, the ministry. Schools, students and teachers. Julah this importance usually we do not want to leave alone, later it seems very unimportant this study so usually we will put a minimum of three and a maximum of five. This is normal if you want more than five, but if there are too many, it is very likely to be included in the same category. So we do not need to put a lot of very subtopic. Combine it so that it becomes another subtopic. This is because when there is too much of our interest as examiners we will see why this is the same as this. This is the same. Why do you need to explain? Want to break it anyway. So if there is a minimum of three we can collect. So remember when for the importance of this study must be from large to small that is from the community to students and teachers.

 

Rujukan:

Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. (2020). 5. Kepentingan Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis. Diakses pada Januari 7, 2021 melalui pautan https://youtu.be/ybSmRq8m-RU

Saya sudah subscribe! Anda bila lagi☺☺☺




KERJA KUMPULAN:



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 11


BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

7. Sorotan kajian (Bab 2). #JomTulisTesis

Bab 2 ye, sorotan kajian. Dalam sorotan kajian, 2.1 pengenalan. Seperti biasa dalam pengenalan ini, kita nak huraikan apa yang ada dalam bab ini. Juga kita jelaskan juga bahawa dalam bab ini juga terdiri daripada 2 subtopik yang berkaitan. Pastikan subtopik itu berkaitan dengan tajuk kita ya. Jadi, Dicadangkan kalua biasanya ya kalau untuk Master, Bacelor dan juga Diploma kita boleh ada 2 subtopik. Itu terpulanglah. Kita tengok berapakah pemboleh ubah dalam tiap-tiap tajuk itu. Kemudian yang PhD pula, kita kadang-kadang ada 3 subtopik ataupun 2. Kita tengok jugalah apa pemboleh ubah dalam subtopik ini. Macam contohnya 2.2 ini kajian tentang, okay, kita ambil yang besar dulu. Secara menyeluruh dahulu. Jadi mungkin kita ambil kajian tentang wacana sahaja. Okay, jadi kajian tentang wacana ini kita letaklah , kita letakkan kajian-kajian yang pastikan bahawa kajian itu satu, 5 tahun kebelakang. Okay, ini saya jelaskan banyak kali bahawa 5 tahun belakang maknanya tahun  yang awak hantar tesis tolak belakang 5 tahun. Bukannya tahun awak daftar. Kalau kita daftar 2020, kemudian awak nak tolak pula ambil 5 tahun kebelakang. Ini dah salah, kerana awak baru daftar 2020. Maknanya jangkaan awak nak hantar tesis 2023 mungkin. Jadi kalau hantar tesis 2023 maknanya sorotan kajian tentu lah 5 tahun kebelakang yang terakhir 2019. Jadi apa yang ada dalam ni mestilah yang 5 tahun yang terkini. Jadi sebagai pelajar awak tak boleh katakan “tiada kajian”. salah! “saya tak jumpa la kajian Prof” “saya tak jumpa dekat mana yang terkini” “saya jumpa yang 1980-an, 1990-an, awal 2000” . Itu tidak boleh. Semua kajian ada. Maknanya kalau ada sikit-sikit hampir juga boleh. Itu yang kita dapat jurang penyelidikkan. Jadi yang ini awak boleh letakkan. Jadi pastikan awak ambil satu kajian yang begitu menyerlah tentang wacana. Contohnya, awak huraikan semuanya tentang kajian tersebut, kemudian sokong. Jadi sekarang dalam  sorotan kajian perlulah mencari persamaan dan perbezaan. Itulah jadinya kritis. Dalam sorotan kajian ini perlu cari persamaan, perlu cari perbezaan barulah ia jadi kritis. Tidak bolehlah,  ada pelajar dia tulis sampai 2,3 halaman. Contohnya kajian oleh Normaliza Abd Rahim (2019) dia letak 2,3 halaman. 2,3 halaman nama Normaliza itu la satu yang muka halaman 1 yang lain itu dia tulis sahaja sampai 3 halaman sampai tidak ada rujukan langsung. Jadi itu salah caranya kerana itu didapati tidak kritis. Jadi ini. Kemudian awak boleh menjurus kepada kajian tentang animasi. Jadi secara menyeluruhnya, animasi dari segi bagaimana? Ini contoh ya. Animasi dari segi skrip sahaja ke , animasi cerita biasa ke, animasi cerita rakyat ke, semua masuk disini. ambil 5 tahun yang terkini dan kita kalau buat sorotan kajian bukanlah Malaysia sahaja. Barat juga perlu diambil. Jepun, Korea, Cina. Semua kita perlu ambil supaya kita punya sorotan itu meluas terutama animasi ini. Memang ada banyak kajian dari Jepun terutamanya. Jepun yang paling terkenal dengan animasi ya. Jadi, huraikan itu pastikan  kritis kemudian baru masuk jurang penyelidikan. Okay, dalam jurang penyelidikan ini, mesti jelaskan apa jurang yang ada dalam ini yang berkaitan dengan kajian awak sendiri. Jadi awak senaraikan nama-nama ini, kajian ini berfokus kepada apa. Contohnya blablabla, awak senaraikan kajian yang ada dalam ini. Ok, ada jurang nampaknya dalam kajian tersebut. Kemudian, itu bermakna bila kita nak jelaskan jurang itu senaraikan nama-nama dalam ini letak disini kaitkan balik dengan kajian kita. Kemudian serupa juga dengan yang nombor dua.  Senarai-senarai itu, apa jurang dia, apa persamaan. Sebab itu ada persamaan dan perbezaan dan kaitkan dengan kajian awak. Itu tadi jurang penyelidikan dan 2.5 kesimpulan. Okay. Jadi kita harus pastikan rujukan 5 tahun kebelakang. Nombor dua penulisan dalam sorotan kajian perlulah mencari persamaan dan perbezaan iaitu perlulah kritis. Kajian seperti hampir sama. Kita banyak ya berbeza pun boleh. Tidak bersetuju. Maknanya ada perbezaan. Jadi maknanya cari perkataan yang bersesuaian. Perkataan menyokong, tidak sokong, tidak bersetuju. Ada banyak. Jadi maknanya penyusunan ayat itu menunjukkan sama ada ia persamaan atau perbezaan. Serupa juga disini memerlukan penanda wacana. Penanda wacana ini sangat penting  kerana kalau tidak nanti dia jadi tulisan awak seperti karangan biasa tanpa penanda wacana.  Ini harus. Kita lihat perkara penting ya 5 tahun kebelakang ,persamaan dan perbezaan iaitu penulisan secara kritis, dan mempunyai penanda wacana dan juga jurang penyelidikkan perlu ada sebagai satu subtopik iaitu membuat kaitan kajian dalam sorotan kajian dengan kajian awak sendiri. Jadi seperti biasa kesimpulan itu kita simpulkan seperti bab-bab yang lain. Ayat-ayat dalam kesimpulan haruslah letak  seterusnya iaitu bab 3 blabla.. Jadi untuk halaman. "Berapa halaman ya Prof?”. Jadi biasanya kalau pelajar bacelor  atau diploma dengan master  biasanya kita letak yang sama iaitu 2:2, 2.3 kita boleh letak 15:15. Bermakna 15 halaman untuk ini, 15 halaman untuk ini. Untuk PhD sebab kita banyak kajian secara mendalam juga, jadi untuk 2.2, 2.3 kita naik. Ok, ni 30, ni 30 jadi 60. Kalau kurang sikit pun lebih kurang dalam 25:25. Berbeza jumlah halaman dia, berbeza kerana kalau kurang sorotan nampak sangat pelajar itu tidak membaca. Tujuan kita ada sorotan adalah supaya kita dapat melihat perbezaan antara kajian yang ada dan kita mencari jurang penyelidikann kajian tersebut dan kita kaitkan kajian yang kita lakukan. Sebab itulah kita perlu banyak untuk kita sorotkan dalam bab 2 ini. Jika kurang maknanya apa yang kita mahu cari perbezaan, apa yang kita mahu cari jurang penyelidikan. Tidak ada. Jadi sangat penting mempunyai jumlah halaman yang bersesuaian. Ada juga saya dapati apabila saya menjadi pemeriksa pelajar PhD dan pelajar master, dia punya sorotan kajian adalah 14 halaman sahaja. Itu untuk keseluruhan bab sahaja. Kemudian ada pelajar PhD dia punya ada 25 halaman untuk kesemuanya. Jadi, orang kata tidak bersesuaianlah dengan kajian PhD dia. Sorotan kajian ini juga penting. Serupa penting untuk bab 1, bab 3, bab 4 bab 5. Kira semua bab-bab penting. Jadi, janganlah jadikan halaman terlalu sedikit sehingga  kita tidak dapat mencari apakah jurang penyelidikan dia. Bagaimana awak menulis sorotan kajian. Adakah ada persamaan?, adakah ada perbezaan?, adakah awak buat penulisan secara kritis? adakah awak guna penanda wacana yang bersesuaian? adakah awak sorot kajian 5 tahun kebelakang? Ini semua penting dalam sorotan kajian.

 


TERJEMAHAN INGGERIS:

7. Highlights of The Study (Chapter 2). #Let'sWriteAThesis

This Chapter 2, Highlights of the study. In the highlights of the study , 2.1 introduction. As usual in this introduction, we want to elaborate on what is in this chapter. Also explain in this chapter consists of 2 related subtopics. Make sure the subtopics are related to our topic. It is suggested that for master, bachelor or diploma we can have 2 subtopics. That's up to you. We see how many variables are in each of those titles. Then the PhD, we sometimes have 3 subtopics or 2. We also see what variables in this subtopic. Like for example 2.2 this is a study about, we take the big one first. Overall first. Maybe we take the study of discourse only. Okay, so we put a study on this discourse we put, we put studies that make sure that the study is 5 years ago. Okay, here I explain many times that 5 years back means the year you submit your thesis minus the last year 5 years. Not the year you registered. If we register for 2020, then you want to reject and take 5 years ago. This is wrong, because you just registered 2020. It means your expectation to submit a thesis may be 2023. So if you submit a thesis 2023 it means the highlights of the study must be the last 5 years of 2019. So what is in this must be the latest 5 years. So as a student you can not say "no study". Wrong! "I did not find it Prof. study" "I did not find near the latest" "I found the 1980s, 1990s, early 2000s". That can't be. All studies are available. This means that if there is a little bit, it is also possible. That's what we get research gaps. So this one you can put. So make sure you take a study that is so striking about discourse. For example, you describe everything about the study, then support. So in the highlights of the study it is necessary to look for similarities and differences. That is so critical. In the highlights of this study it is necessary to look for similarities, differences then it becomes critical. no, there are students he wrote up to 2.3 pages. For example, a study by Normaliza Abd Rahim (2019) he placed 2.3 pages. 2.3 pages of normaliza's name is the one on the front page of the other page, he only writes up to 3 pages until there is no direct reference. So that's the wrong way because it was found to be not critical. Then you can lead to the study of animation. So overall, how in terms of animation? Here is an example. Animation in terms of scripts only, regular story animation, folklore animation, all come in here. take the latest 5 years and we if the highlight of the study is not only Malaysia. The West also needs to be taken. Japan, Korea, China. All we need to take so that we have the spotlight is widespread especially this animation. There are indeed many studies from Japan especially. Japan is best known for its animation. So, explain that make sure it is critical then just enter the research gap. Okay, in this research gap, must explain what gaps are in this related to your own research. So you list these names, this study focuses on what. For example blablabla, you list the studies that are in this. Ok, there seems to be a gap in the study. Then, that means when we want to explain the gap, list the names in this place here and link back to our study. Then similar to the number two. The lists, what gaps he has, what the similarities are. That is why there are similarities and differences and relate them to your study. That was the research gap and 2.5 conclusions. So we have to make sure the reference is 5 years ago. Number two writing in the study highlights need to find similarities and differences that is critical. Such studies are almost identical. We can do a lot of different things. Do not agree. That means there is a difference. So it means to find the right word. Words support, do not support, do not agree. There are many. So the meaning of the sentence structure shows whether it is a similarity or a difference. Similarly, here also requires discourse markers. This discourse marker is very important because otherwise he will be your writing like a regular essay without a discourse marker. This is a must. We see the important thing yes 5 years ago, the similarities and differences that is critical writing, and have discourse markers and also research gaps should be there as a subtopic that is to make the study in the study highlight with your own research. So as usual we conclude that conclusion like the other chapters. The sentences in the conclusion should be placed next which is chapter 3 blabla. So for the page. "How many pages, Prof?". So usually if you are a bachelor or diploma student with a master, we usually put the same, which is 2: 2, 2.3, we can put 15:15. That means 15 pages for this, 15 pages for this. For PhD because we a lot of in-depth research too, so for 2.2, 2.3 we go up. Ok, this 30, this 30 so 60. If a little less is more or less in 25:25. The purpose of our highlighting is so that we can see the difference between the existing study and we find the research gap of the study and we link the study we do. That’s why we need a lot to highlight in this chapter 2. If less means what we want find the difference, what we want to find the research gap. No. So it is very important to have the appropriate number of pages. Some, I also find when I become a PhD examiner and master student, he has so the study rattan is 14 pages only. That is for the whole chapter only. Then there is the PhD student he has there are 25 pages for all of them. So, people say it does not fit with his PhD study. The highlights of this study are also important. Equally important for chapter 1, chapter 3, chapter 4 chapter 5. Calculate all the important chapters. So, do not make the page too small so that we cannot find out what the research gap is. How do you write highlights of the study. Are there any similarities? are there any differences? do you write critically? do you use appropriate discourse markers? did you highlight the study 5 years ago? These are all important in the study highlights.

 

Rujukan:

Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. (2020). 7. Sorotan Kajian (Bab 2). #JomTulisTesis.  Diakses pada Januari 8, 2021 melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=EQSL1RPfhtk

Saya sudah subscribe! Anda bila lagi☺☺☺




KERJA KUMPULAN:



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 11



Monday 4 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

1. Mudah
Misalnya:
Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang diletakkan di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah. 

2. Warna
Misalnya:
Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan haiwan.

3. Teks
Misalnya:
Iklan telefon bimbit disertai dengan teks "Nipis dan Ringan" memberi persepsi tentang telefon tersebut. Oleh itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakan jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya. 

4. Kesesuaian
Misalnya:
Foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut "Suasana di kampung saya". 

5. Keseimbangan
Misalnya:
Ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar. Maka, lima batang pokok besar seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah gambar pula terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan rumput berwarna hijau yang luas. 


Terjemahan Bahasa Inggeris

1. Simple
For example:
A photo of a red bike parked in the house yard. Someone who looks at the photo will understand that the photo is a red bike.

2. Color
For example:
A photo of a car in blue and accompanied by a green tree in the back. There are also bluish cloud colors. This photo is clearly interesting because it has three colors that stand out and focus on car, trees and clouds. 

3. Text
For example:
Mobile phone ads accompanied by the text "Thin and Light" give a perception about the phone. Therefore, the text should be written in a large size by using attractive font types so that users are interested to buying them.

4. Suitability
For example:
A photo of three children playing in the house yard of a village. Children barefoot as well as the faces of children who are laughing. The sky is almost dark which shows the atmosphere of the evening. There is a caption under the photo "Situations in my village".

5. Balance
For example:
Space in the left side of the picture there are five large trees balanced with a village house to the right side of the picture. Thus, five large trees are balanced with the village house. At the top of the picture there is a wide blue cloud while at the bottom of the picture there is a wide green meadow. Thus, the clouds are balanced with broad green grass.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 11




BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 Masihkah Kau Ingat?


1.  Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Sebuah penulisan tesis hendaklah asli di mana setiap ayat yang ditulis haruslah menggunakan ayat sendiri dan sekiranya mengambil mana-mana ayat daripada artikel atau buku sebagai rujukan hendaklah diolah ayat tersebut menggunakan ayat sendiri dan elakkan menyalin secara terus ayat yang diambil tersebut. 


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian: Tesis yang dilakukan hendaklah disemak atau diperiksa terlebih dahulu menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal. Hal ini bertujuan bagi memastikan tesis yang dilakukan tidak mempunyai kadar plagiat yang tinggi. 


3.  Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Setiap bahan rujukan yang hendak dirujuk hendaklah diambil daripada rujukan yang pertama dan harus mengelakkan daripada banyak mengambil rujukan sekunder. Sebagai contoh, dalam penulisan artikel yang dirujuk ada memetik mana-mana kajian lain, maka sekiranya pelajar atau individu tersebut hendak mengambil kajian yang dipetik dalam penulisan artikel itu, hendaklah dicari dan merujuk kajian yang asal dan bukan hanya merujuk artikel yang memetik kajian itu. 


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Setiap pelajar atau individu yang ingin menjalankan kajian dan melakukan penulisan tesis, pembacaan artikel terkini yang banyak sekurang-kurangnya 50 buah artikel adalah disarankan. Hal ini bertujuan untuk memastikan pelajar atau individu tersebut lebih memahami tentang kajian yang hendak dijalankan dan secara tidak langsung mampu membantu dalam mencari lompang kajian atau jurang kajian. 


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Pelajar atau individu yang ingin menjalankan sebuah kajian, adalah disarankan untuk menghadiri seminar atau persidangan supaya mereka mendapat pelbagai maklumat tentang kajian yang berkaitan dengan kajian yang ingin dijalankan. Hal tersebut juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam proses pelaksanaan kajian yang ingin dilakukan. 


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Segala perbincangan yang hendak dilakukan berkaitan penulisan tesis atau pelaksanaan sebuah penyelidikan, pelajar atau individu tersebut hendaklah sentiasa merujuk kepada penyelia atau pakar bidang tersebut dan elakkan berbincang dengan mereka yang bukan pakar dalam bidang kajian yang ingin dilaksanakan. Hal ini kerana bagi mengelakkan berlakunya banyak kesalahan. 


7.  Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Penulisan tesis yang dilakukan juga hendaklah menitikberatkan jumlah halaman pada setiap bab bagi mengelakkan berlakunya kekurangan halaman mengikut syarat pelaksanaan penulisan tesis tersebut. Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12 halaman. 


8.  Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti, dan universiti masing-masing, kebiasaannya keseluruhan tesis mempunyai dalam 80 halaman maksimun bagi bacelor, 81 hingga 150 halaman bagi Master, dan 151 hingga 240 halaman bagi PhD. Berikut adalah salah satu syarat yang harus dipatuhi demi melengkapkan tesis yang dilakukan. 


9.   Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian: Sepanjang tempoh pengajian, adalah disarankan untuk membuat perancangan yang teliti atau membuat jadual. Hal ini adalah kerana, tanpa perancangan yang teliti perkara tersebut mampu memberi kesan kepada pelaksanaan kajian dan penulisan tesis. Sekiranya gagal membuat perancangan yang teliti, maka penulisan tesis dan kajian yang dilakukan juga boleh tergendala atau tidak mampu untuk diselesaikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 11



BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya boleh melihat menerusi pandangan mata anda bahawa anda adalah orang yang baik. 

Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai


2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation. 

Terjemahan Melayu: Seorang sahabat yang baik adalah apabila dia memahami anda tidak kira bertapa sukarnya anda cuba untuk menjelaskan sesuatu keadaan itu. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Kawan-kawan semua
Inilah saya yang istimewa
Saya sentiasa berusaha
Menjadi insan yang berguna


3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.

Terjemahan Melayu: Seorang kawan yang baik adalah apabila dia tidak menilai sesuatu perkara tentang diri kamu. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)

Saya yang istimewa
Bersikap baik sesama manusia
Saya dilihat berlainan rupa
Semangat positif dikongsi bersama.


4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Terjemahan Melayu: Tidak kira bagaimana anda sentiasa bersedia untuk menghadapi dunia ini, akan tetapi dunia ini akan sentiasa cuba untuk membuatkan anda rasa cabarannya. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya yang Istimewa)

Saya dengan dunia
Belajar berdikari setiap masa
Hormati orang lebih dewasa
Satu perkara disanjungi bersama


5. Teks Asal: I am willing to share what I have with others.

Terjemahan Melayu: Saya sentiasa sudi untuk berkongsi apa sahaja yang saya ada bersama orang lain. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Saya belajar setiap masa
Sifat sabar diambil kira
Dugaan besar selalu ada
Dikongsi bersama keluarga


6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada pada hari ini belum tentu menjadi milik saya apabila saya tidak bersikap jujur. Bersikap jujurlah dalam setiap perkara yang anda lakukan. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Baik hati nurani
Kuatkan jati diri
Mulia peribadi
Perasaan tenang tidak terperi


7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do your best.

Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang baik. Jadilah orang yang jujur. Sentiasa bekerja keras dan lakukan yang terbaik. 

Bukti: Lirik Lagu (Diri)

Saya seorang yang baik hati
Jujur dan ikhlas di dalam diri
Saya belajar berdikari
Menolong orang setiap hari


8. Teks Asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya penuh dengan emosi akan tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif terhadap orang lain. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya Tahu)

Hati saya siapa yang tahu
Saya sendiri jadi keliru
Ingin menangis seperti selalu
Air mata keluar menderu


9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden. 

Terjemahan Melayu: Walaupun saya menghadapi cabaran secara emosi akan tetapi saya akan sentiasa mencuba yang terbaik untuk tidak membebankan anda. 

Bukti: Lirik Lagu (Saya Tahu)

Saya cuba memahami 
Diri saya sendiri
Mengapa jadi begini
Ayah dan ibu susah hati


10. Teks Asal: My parents will be happy when I am a better person. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan berasa gembira apabila saya menjadi orang yang lebih baik. 

Bukti: Lirik Lagu (Keluarga)

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 11



Monday 28 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

Teks Asal

Masihkah Kau Ingat?


1.   Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).


2.   Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.


3.   Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.


4.   Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).


5.   Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.


6.   Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.


7.   Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).


8.   Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.


9.   Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.



Terjemahan Inggeris

Do You Still Remember?


1.  Write and rework using your own sentences (Do not copy (salin tampal) from articles or books).


2.   Use Turnitin or other tool before making submissions to supervisor or journal.


3.   Make a reference from the main reference. Avoid referring to secondary references.


4.   Read many recent articles to better understand the study to be conducted (minimum 50 articles).


5.   Attend seminars or conferences to get input on relevant studies.


6.   Discuss with the supervisor about the research conducted. Avoid talking to other students because students are not experts in the field.


7.   Number of pages (approximately) for Chapter 1 (10-12 pages), Chapter 2 (30 pages - Bachelor and Master; 50 pages - PhD), Chapter 3 (10 - 12 pages), Chapter 4 (40 pages for each objectives and Chapter 5 (8-12 pages).


8.   The whole thesis should have a maximum of about 80 pages (bachelor), 81-150 (Master) and 151-240 (PhD). *Subject to the wishes of lecturers, faculty and universities.


9.   Make a plan or schedule for the entire study period.


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 


Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10 



BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya berasa tenang, akan tetapi perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan sentiasa menghadapi perkara tersebut demi mendapatkan ketenangan itu semula. 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

"Kenapa ayam dan itik tinggal di sana?," tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.


2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan tetap menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya. 

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

"Kenapa dengan abang, ibu?" ujar adik perempuan Alim sambil menangis.


3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan membuatkan saya sedar bahawa kehidupan ini adalah lebih berharga daripada segalanya. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)   

"Kami sayang dan rindu Alim," kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.


4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk memanjat gunung yang tinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut akan menjadi sukar dalam sesuatu masa. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan.


5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya merupakan seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa melakukan yang terbaik. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa) 

"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.


6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Andai dapat saya meluahkan rasa cinta ini kepada awak, maka saya akan menjadi insan yang paling bahagia di dalam dunia ini. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.


7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya meletakkan kepercayaan kepada awak. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa) 

"Ni, ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah," arah ibu sambil menunjukkan ke arah bakul sampah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.


8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk sentiasa mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Alim, mari ibu tolong!," seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke hilir.


9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya sentiasa percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10