Rujukan:
Noraein
Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!!
Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
Friday, 5 June 2020
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4
Cerita Sosial 4: Hati
Tiga
nilai yang terdapat dalam cerita sosial 4:
1. Berdikari
2. Hormat-menghormati
3. Baik
hati
Terdapat
tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 4, iaitu berdikari,
hormat-menghormati, dan baik hati.
Pertama,
bagi nilai berdikari, cerita sosial 4 menggambarkan keadaan Alim yang sudah
mula pandai menguruskan dirinya. Dalam cerita tersebut, ibu Alim mengatakan
bahawa Alim sudah pandai memakai baju sekolahnya sendiri, pandai memakai kasut
sekolahnya sendiri, pandai membawa botol air ke sekolah, tidak lupa untuk
bersalaman bersama ibu, ayah, abang, kakak, dan adiknya, dan Alim juga sudah
pandai mengemas katilnya sendiri sebelum ke sekolah.
Kedua
ialah nilai hormat-menghormati. Nilai ini terdapat dalam cerita sosial 4 kerana
Cikgu Anis mengajar Alim untuk menghormati orang tua. Dalam penulisan cerita
tersebut, Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabila berjalan di hadapan
orang tua, ajar mengucapkan terima kasih, ajar mengucapkan selamat pagi kepada guru
besar dan cikgu yang lain. Hasilnya, Alim dan rakan-rakan sekelasnya sudah
pandai menyebut ‘Selamat pagi’ dan ‘Terima kasih’.
Ketiga,
bagi nilai baik hati boleh dilihat dari watak Cikgu Anis dalam cerita sosial 4
ini. Alim juga mengatakan bahawa dia suka Cikgu Anis kerana Cikgu Anis seorang
yang baik hati sehingga membuatkan Alim berasa ingin menjadi seorang guru
sepertinya. Maka hal ini dapat menunjukkan bahawa sifat Cikgu Anis ialah
seorang yang baik hati.
BBM3410Satu2020: ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam
Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Thursday, 7 May 2020
BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA.
Noraein
Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!!
Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3.
Cerita Sosial 3: Keluarga Saya
Tiga
nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3:
1.
Penyayang.
2.
Tolong-menolong.
3.
Ringan tulang.
Terdapat
tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 3, iaitu penyayang,
tolong-menolong, dan ringan tulang.
Pertama,
bagi nilai penyayang, cerita sosial 3 ini menggambarkan keadaan keluarga Alim
yang sangat penyayang dan kasih antara kesemua ahli keluarga mereka. Alim
sangat menyayangi ibu, bapa, abang, kakak, dan adik perempuannya. Begitu juga
ahli keluarga Alim yang lain yang menyayangi Alim.
Kedua
ialah nilai tolong-menolong. Bagi nilai ini dapat dilihat bahawa ahli keluarga
Alim sering menolong antara satu sama lain terutama dalam hal-hal membersihkan
rumah. Alim juga sering menolong ibu bapanya setiap hari. Sebagai contoh, Alim
sering mengutip mainan adik perempuannya, Aisyah yang bertaburan di atas lantai
dan menyimpannya semula.
Ketiga,
bagi nilai ringan tulang dapat dilihat dari watak Alim yang sangat rajin
membantu ibunya dan juga ahli keluarga yang lain. Walaupun Alim tidak tahu atau
tidak cekap dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu, tetapi dia tetap rajin
belajar untuk memahami kerja seharian di rumah. Dengan itu, Alim sentiasa
belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Ibu Alim juga sering memuji Alim yang
rajin dan baik orangnya.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori
dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).
Menurut
Normaliza Abd Rahim, 2019, terdapat lima kepentingan asas grafik, iaitu
menarik, mudah difahami, mesej, ketara (predictability), dan promosi.
Pertama
ialah menarik. Asas grafik yang menarik sangat penting untuk menarik semua
golongan masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin
disampaikan apabila dalam sesuatu grafik itu terdapat asas grafik yang sesuai.
Seterusnya, foto atau video yang menarik dapat meninggalkan kesan yang baik
tanpa berasa keliru dan tidak puas hati dengan apa yang dipaparkan.
Kedua,
mudah difahami. Setiap apa yang dipaparkan memerlukan konsep mudah difahami.
Asas grafik yang mudah difahami juga sangat penting dalam kalangan masyarakat
keseluruhannya. Hal ini kerana masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau
dibaca mudah difahami tanpa berasa keliru.
Ketiga,
mesej. Mesej merujuk kepada apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat dan
ianya sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana setiap apa yang dilihat
atau ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang hendak disampaikan.
Seterusnya, mesej yang hendak disampaikan tersebut dapat meninggalkan kesan
dalam kalangan masyarakat.
Keempat
pula ialah ketara atau predictability. Ketara
juga sangat penting dalam asas grafik kerana foto atau video yang dipaparkan
akan memberikan peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah
begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau
mesej yang hendak disampaikan
Kelima,
promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan positif terhadap
mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan dalam
kalangan masyarakat. Hal ini kerana promosi akan lebih berjaya jika asas grafik
diterapkan dalam foto ataupun video.
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam
Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)