Thursday 30 April 2020

BBM3410Satu2020: Strategi Kesopanan & Ringkasan Cerita Sosial 2

MUHAMAD ISNORRIZAL BIN MOHD SAIDI
197504

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagaian kedua adalah sebanai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT


RINGKASAN CERITA SOSIAL 2: SAYA YANG ISTIMEWA

Saya yang Istimewa, menceritakan berkenaan Alim seorang budak yang baik dan  disayangi oleh keluarganya serta disenangi jirannya. Pada suatu hari, bapa Alim pulang membawa buah-buahan tempatan yang dibeli dari pasar tani untuk anak-anaknya kerana bapa Alim tahu bahawa mereka gemar akan buah-buahan tempatan. Sejurus setelah itu, Alim terus memberitahu ibunya  bahawa dia ingin berkongsi buah-buahan itu dengan Sulaiman. Alim ingat akan pesan ibu dan bapanya untuk saling berkongsi barang atau makanan yang disukai dengan orang lain merupakan satu perbuatan yang baik. Disebabkan itu Alim ingin berkongsi buah-buahan tempatan yang digemarinya itu dengan Sulaiman. Alim berasa sangat puas dan gembira dapat berkongsi buah-buahan tempatan dengan Sulaiman. Sedang Alim membuang sampah di tong sampah besar di luar rumah, Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah terlihat akan kelibatnya lalu terus berterima kasih kepada Alim akan pemberian buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah juga berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan buat Alim sekeluarga. 


Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

BBM3410Satu2020: Jenis-jenis Shot & Kepentingan Rule of Thirds


Nota Ringkas Asas Fotografi: Jenis-jenis Shot



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 



Kepentingan Rule of Thirds

Rule of Thirds merupakan satu teknik yang penting dalam fotografi dan ia digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi untuk mana-mana subjek. Rule of Thirds ini digunapakai dengan adanya gambaran grid. Untuk merangka paparan semasa mengambil gambar, jurukamera akan melakukannya dengan melihat pemidang titik atau dalam paparan LCD. Melaui grid tersebut, Rule of Thirds diterapkan untuk tujuan mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej dengan meletakkan empat titik pada grid tersebut ketika membingkai imej. Hal tersebut juga akan memberikan empat ‘garis’ yang sangat berguna untuk elemen dalam foto yang hendak diambil. Semasa membingkai foto atau gambar, imej perlu dibayangkan seperti pecahan grid dan fikirkan unsur-unsur penting dalam gambar. Unsur-unsur yang dianggap sangat penting itu kemudiannya diletakkan pada garisan dan persimpangan grid. Seseorang atau model bagi satu gambar itu juga mungkin perlu bergerak demi mendapatkan komposisi gambar yang terbaik dan menarik. Dalam proses penggambaran untuk mendapatkan hasil foto yang baik, Rule of Thirds banyak digunakan oleh pakar fotografi. Hal ini kerana, dengan penggunaan Rule of Thirds kebanyakan gambar yang dihasilkan adalah cantik dan lebih menarik. Akan tetapi, Rule of Thirds ini tidak semestinya kerap atau selalu digunakan dalam proses mengambil sesuatu gambar kerana hal ini akan membataskan kretiviti seseorang dalam menghasilkan gambar yang terbaik, cantik dan berkualiti.




Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka pengelibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai pengelibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Berdasarkan Normaliza Abd Rahim, 2014, kurang keyakinan diri semasa membuat penulisan cerita adalah satu cabaran buat seseorang individu. Hal ini kerana, seseorang itu akan mempunyai satu sikat negatif terhadap diri mereka sendiri dimana mereka akan beranggapan cerita yang ditulisnya itu adalah tidak bagus dan akan dikecam atau diperkatakan oleh pembaca. Dan kerana hal tersebut, telah membuatkan mereka berasa keberatan untuk menghasilkan satu penulisan cerita. Dalam proses menghasilkan satu penulisan cerita, idea yang bernas dan jalan cerita yang tersusun rapi juga amat penting dan hal ini juga boleh menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai keyakinan apabila ingin menulis satu cerita.

Berdasarkan Noraein Mansor dan Normaliza Abd Rahim, 2017 pula, pelajar lebih gemar pengelibatan terus dalam aktiviti supaya mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Hal ini kerana pengelibatan terus dalam aktiviti membolehkan pelajar bertanya semasa proses pembelajaran bahasa apabila mereka mempunyai sebarang ketidakfahaman. Pengelibatan terus juga adalah penting untuk mengelakkan salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. Jelas salah faham dan kebosanan boleh dielakkan apabila ada pengelibatan terus pelajar dalam aktiviti pembelajaran kerana mereka akan dipantau oleh pengajar sekiranya terdapat masalah dan mereka akan giat bertanya untuk mendapatkan kepastian tentang apa yang mereka kurang jelas. 


Rujukan: Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)



Hai everything☺okay... gambar di atas merupakan rangka untuk cerita pendek saya di Twitter... Bertajuk Lipas. Hahahahaha  lipas pon boleh jadi cerita ke? Eh, mestilah boleh... yang penting tahu nk bercerita... hohohoho.. Jemput baca lah ye jika berminat di twitter saya klik di sini untuk ke akaun twitter saya

Sekian terima kasih..


Rujukan: Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

Monday 27 April 2020

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

Bab 1- Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu



Bab2- Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi


Bukti penghantaran tugasan dan markah yang diterima👀



Alhamdulillah, kerana ProfDrN yang sentiasa baik dan makin baik untuk hari-hari mendatang juga, kumpulan kami dapat markah penuh yeahhhh!! Terima Kasih ProfDrN. 

Thursday 26 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hai hai hello... buat julung kalinya instagram saya ditekan butang tanda suka  (Like) dan juga dikomen oleh Prof. Dr. Normaliza (ProfDrN) untuk beberapa gambar yang telah saya muat naik di instagram.


Gambar diatas menunjukkan beberapa gambar saya yang telah di Like oleh ProfDrN... Semestinya diri ini berasa gembira..

ProfDrN komen, saya pon gigih untuk fahamkan apa maksud disebalik ayat tu... Cari punya cari... Syukur diri ini memahaminya...

Komen ProfDrN: Chal chi neh unel, hakseng? 

Itu bahasa korea dalam romanization. Dalam tulisan Hangul 잘 치 네 우네, 학생?

Maksudnya, Adakah anda pelajar yang baik?

Saya telah like komen ProfDrN tersebut dan membalas

Mullon ibnida, seonsaengnim (물론입니다, 선생님) yang bermaksud Semestinya, guru (Prof)...


Akhir kata, diharapkan ProfDrN sentiasa Like kebanyakan posting di instagram saya... serta meninggalkan komen beliau... dan selepas itu tidak unlike dan tidak memadamkan semula komen-komen yang diberikan... Hahaha... Okay bye... Anyeong yeorobun (안녕 여러분)

Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020: GAMBARAN MAKNA BAGI SIMPULAN BAHASA


Antara simpulan bahasa yang terlah dipilih oleh ahli kumpulan kami, TechNinjas' Production ialah:
  1. Alas perut
  2. Ikat perut
  3. Cakar ayam
  4. Kaki ayam
  5. Air muka
  6. Buah tangan
  7. Air tangan
  8. Anak bapa
  9. Ringan tulang
  10. Ulat buku
Berikut di atas merupakan video yang mengandungi kesemua gambar yang memberikan makna bagi kesemua simpulan bahasa yang telah dipilih.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr.  Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak 
196003 Nur Faqin binti Yusof 
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal 
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif 
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin 

Kredit:
Lagu: Anta Permana
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd & 
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/JZzPldJo4eM


Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk