Friday 5 June 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4

Cerita Sosial 4: Hati
Tiga nilai yang terdapat dalam cerita sosial 4:
1. Berdikari
2. Hormat-menghormati
3. Baik hati




Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 4, iaitu berdikari, hormat-menghormati, dan baik hati.

Pertama, bagi nilai berdikari, cerita sosial 4 menggambarkan keadaan Alim yang sudah mula pandai menguruskan dirinya. Dalam cerita tersebut, ibu Alim mengatakan bahawa Alim sudah pandai memakai baju sekolahnya sendiri, pandai memakai kasut sekolahnya sendiri, pandai membawa botol air ke sekolah, tidak lupa untuk bersalaman bersama ibu, ayah, abang, kakak, dan adiknya, dan Alim juga sudah pandai mengemas katilnya sendiri sebelum ke sekolah.

Kedua ialah nilai hormat-menghormati. Nilai ini terdapat dalam cerita sosial 4 kerana Cikgu Anis mengajar Alim untuk menghormati orang tua. Dalam penulisan cerita tersebut, Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabila berjalan di hadapan orang tua, ajar mengucapkan terima kasih, ajar mengucapkan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu yang lain. Hasilnya, Alim dan rakan-rakan sekelasnya sudah pandai menyebut ‘Selamat pagi’ dan ‘Terima kasih’.  

Ketiga, bagi nilai baik hati boleh dilihat dari watak Cikgu Anis dalam cerita sosial 4 ini. Alim juga mengatakan bahawa dia suka Cikgu Anis kerana Cikgu Anis seorang yang baik hati sehingga membuatkan Alim berasa ingin menjadi seorang guru sepertinya. Maka hal ini dapat menunjukkan bahawa sifat Cikgu Anis ialah seorang yang baik hati.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Thursday 7 May 2020

BBM3410Satu2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA.





Rujukan:
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3.


Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

Tiga nilai yang terdapat dalam cerita sosial 3:
1. Penyayang.
2. Tolong-menolong.
3. Ringan tulang.



Terdapat tiga nilai yang terkandung dalam cerita sosial 3, iaitu penyayang, tolong-menolong, dan ringan tulang.

Pertama, bagi nilai penyayang, cerita sosial 3 ini menggambarkan keadaan keluarga Alim yang sangat penyayang dan kasih antara kesemua ahli keluarga mereka. Alim sangat menyayangi ibu, bapa, abang, kakak, dan adik perempuannya. Begitu juga ahli keluarga Alim yang lain yang menyayangi Alim.

Kedua ialah nilai tolong-menolong. Bagi nilai ini dapat dilihat bahawa ahli keluarga Alim sering menolong antara satu sama lain terutama dalam hal-hal membersihkan rumah. Alim juga sering menolong ibu bapanya setiap hari. Sebagai contoh, Alim sering mengutip mainan adik perempuannya, Aisyah yang bertaburan di atas lantai dan menyimpannya semula.

Ketiga, bagi nilai ringan tulang dapat dilihat dari watak Alim yang sangat rajin membantu ibunya dan juga ahli keluarga yang lain. Walaupun Alim tidak tahu atau tidak cekap dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu, tetapi dia tetap rajin belajar untuk memahami kerja seharian di rumah. Dengan itu, Alim sentiasa belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Ibu Alim juga sering memuji Alim yang rajin dan baik orangnya.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019).



Menurut Normaliza Abd Rahim, 2019, terdapat lima kepentingan asas grafik, iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara (predictability), dan promosi.

Pertama ialah menarik. Asas grafik yang menarik sangat penting untuk menarik semua golongan masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan apabila dalam sesuatu grafik itu terdapat asas grafik yang sesuai. Seterusnya, foto atau video yang menarik dapat meninggalkan kesan yang baik tanpa berasa keliru dan tidak puas hati dengan apa yang dipaparkan.

Kedua, mudah difahami. Setiap apa yang dipaparkan memerlukan konsep mudah difahami. Asas grafik yang mudah difahami juga sangat penting dalam kalangan masyarakat keseluruhannya. Hal ini kerana masyarakat memerlukan apa yang dilihat atau dibaca mudah difahami tanpa berasa keliru.

Ketiga, mesej. Mesej merujuk kepada apa yang ingin disampaikan kepada masyarakat dan ianya sangat penting dalam asas grafik. Hal ini kerana setiap apa yang dilihat atau ditonton seharusnya menggambarkan mesej yang hendak disampaikan. Seterusnya, mesej yang hendak disampaikan tersebut dapat meninggalkan kesan dalam kalangan masyarakat.

Keempat pula ialah ketara atau predictability. Ketara juga sangat penting dalam asas grafik kerana foto atau video yang dipaparkan akan memberikan peluang kepada masyarakat untuk memahaminya dengan mudah malah begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau mesej yang hendak disampaikan

Kelima, promosi. Asas grafik juga penting dalam memberi kesan positif terhadap mempromosikan barangan atau apa juga mesej yang ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana promosi akan lebih berjaya jika asas grafik diterapkan dalam foto ataupun video.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.



Friday 1 May 2020

BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL: GAMBARAN KESELURUHAN




BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Tiga nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa
  1. Menjaga kebersihan
  2. Bantu-membantu
  3. Baik hati



Tiga nilai yang terkandung dalam cerita ini adalah seperti menjaga kebersihan, saling membantu, dan baik hati.

Pertama, bagi nilai menjaga kebersihan, saya dapati nilai ini terdapat dalam cerita sosial 2 kerana ibu Alim berpesan kepada anak-anak mereka agar membuang semua sampah ke dalam bakul sampah yang telah disediakan. Hal ini kerana untuk mengelakkan keadaan rumah menjadi kotor dan bersepah. Maka hal ini jelas menunjukkan terdapat nilai menjaga kebersihan.

Kedua, nilai saling membantu didapati juga dalam cerita ini kerana Alim membantu abang, kakak, ibu dan ayahnya mengemas rumah setelah Alim selesai makan. Nilai saling membantu ini juga dapat dilihat dalam ahli keluarga Alim sendiri dimana mereka bersama-sama mengemas rumah. Maka hal ini telah menunjukkan wujudnya nilai saling membantu dalam cerita sosial 2 ini.

Ketiga, nilai baik hati diperoleh dalam cerita sosial 2 ini kerana sikap Alim yang baik hati kerana sudi berkongsi buah-buahan dengan Sulaiman. Alim juga dikatakan anak yang baik dalam keluarganya. Selain itu, Alim juga mengatakan bahawa keluarga Sulaiman juga adalah jiran atau orang yang baik hati. Oleh itu, nilai baik hati ini jelas terdapat dalam cerita sosial 2.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT