Thursday 26 March 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Hai hai hello... buat julung kalinya instagram saya ditekan butang tanda suka  (Like) dan juga dikomen oleh Prof. Dr. Normaliza (ProfDrN) untuk beberapa gambar yang telah saya muat naik di instagram.


Gambar diatas menunjukkan beberapa gambar saya yang telah di Like oleh ProfDrN... Semestinya diri ini berasa gembira..

ProfDrN komen, saya pon gigih untuk fahamkan apa maksud disebalik ayat tu... Cari punya cari... Syukur diri ini memahaminya...

Komen ProfDrN: Chal chi neh unel, hakseng? 

Itu bahasa korea dalam romanization. Dalam tulisan Hangul 잘 치 네 우네, 학생?

Maksudnya, Adakah anda pelajar yang baik?

Saya telah like komen ProfDrN tersebut dan membalas

Mullon ibnida, seonsaengnim (물론입니다, 선생님) yang bermaksud Semestinya, guru (Prof)...


Akhir kata, diharapkan ProfDrN sentiasa Like kebanyakan posting di instagram saya... serta meninggalkan komen beliau... dan selepas itu tidak unlike dan tidak memadamkan semula komen-komen yang diberikan... Hahaha... Okay bye... Anyeong yeorobun (안녕 여러분)

Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020: GAMBARAN MAKNA BAGI SIMPULAN BAHASA


Antara simpulan bahasa yang terlah dipilih oleh ahli kumpulan kami, TechNinjas' Production ialah:
  1. Alas perut
  2. Ikat perut
  3. Cakar ayam
  4. Kaki ayam
  5. Air muka
  6. Buah tangan
  7. Air tangan
  8. Anak bapa
  9. Ringan tulang
  10. Ulat buku
Berikut di atas merupakan video yang mengandungi kesemua gambar yang memberikan makna bagi kesemua simpulan bahasa yang telah dipilih.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr.  Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak 
196003 Nur Faqin binti Yusof 
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal 
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif 
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin 

Kredit:
Lagu: Anta Permana
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd & 
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/JZzPldJo4eM


Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk

Monday 16 March 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), flatlay terbahagi kepada empat jenis iaitu, flatlay, half flatlay, quarter flaylay, dan zero flatlay.  Flatlay merujuk kepada gambar yang diambil dengan kamera diletakkan pada sudut 90 darjah. Half flatlay merujuk kepada gambar yang diambil dengan kamera diletakkan pada sudut 45 darjah. Quarter flatlay pula gambar yang diambil dengan kamera pada sudut 22.5 darjah. Zero flatlay ialah gambar yang diambil dengan kamera pada sudut 0 darjah. Berikut merupakan video yang menunjukkan gambar jenis-jenis flaytlay.


Kursus: BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa
Pensyarah: Prof. Dr.  Normaliza Abd Rahim

Ahli Kumpulan TechNinjas' Production:
195920 Nur Syafiqah Atikah binti Mohd Ishak
196003 Nur Faqin binti Yusof
196007 Nurul Atilia Izzaty binti Johar
196032 Muhamad Sahlan bin Butai
196352 Sae Fhean A/P Eh Pal
197414 Nurlina binti Atan
197504 Muhamad Isnorrizal bin Mohd Saidi (Ketua)
197583 Nor Syahirah binti Sarian
197944 Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif
199325 Nur Aqilah binti Saifuddin

Kredit:
7 Nasihat
Artis: Dato' Sri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta (Luncai Emas (M) Sdn Bhd)
Penerbit Eksekutif: Universal Music Sdn Bhd &
Siti Nurhaliza Production (M) Sdn. Bhd.
https://youtu.be/5w_kRsNZ4cc

Anime Sound Effects
https://youtu.be/1yxN0FXE0ME

PRIDE FC opening theme music
https://youtu.be/FQl1JbuYrLk

Tuesday 10 March 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi



Berikut merupakan video tugasan kumpulan kami berkaitan dengan asas fotografi yang telah dimuat naik dalam Youtube... Antara asas fotografi yang terdapat dalam video tersebut ialah over the shoulder, bird's eye view, siluet, pendua, kabur, dan bayang.

***terdapat kesalahan ejaan bagi asas fotografi bird's eye view dimana dalam video dieja bird eye's view  ... maaf ya semua😄



Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik


BBM3410Satu2020: Nota Elemen Asas Grafik


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), elemen asas grafik terbahagi kepada lima iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian, dan keseimbangan. 

1. Mudah: Mudah merujuk kepada kefahaman seseorang apabila melihat sesuatu gambaran foto mahupun video. Apabila seseorang melihat sesuatu gambaran foto mahupun video mereka mudah faham dan tahu apa yang disampaikan atau ditunjukkan dalam gambar ataupun video.

2. Warna: Penggunaan warna dalam satu grafik tidak boleh melebihi tiga warna. Adapun lebih daripada tiga warna kebiasaanya banyak terdapat dalam foto atau video. Tetapi ada juga grafik yang hanya menggunakan saru warna sahaja berdasarkan mesej yang ingin disampaikan.

3. Teks: Teks yang baik untuk sesebuah grafik perlu mempunyai pemilihan jenis font dan juga saiz font yang sesuai untuk digunakan. Kandungan dalam teks yang digunakan juga diambil kira untuk tujuan pemahaman terhadap grafik yang dihasilkan.

4. Kesesuaian: Dalam sebuah grafik, kesesuaian ini dilihat dari segi latar tempat, latar masa, dan latar watak. 

5. Keseimbangan: Untuk keseimbangan dalam grafik, perkara yang dilihat adalah dari segi ruang dalam foto atau video yang dihasilkan. Ruang yang dimaksudkan adalah ruang di bahagian atas, bawah, kiri, dan kanan foto atau video. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1997)

VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis oleh VanDijk, 1977 dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Seterusnya, setiap elemen tersebut mengandungi huraian yang perlu dianalisis dengan mendalam. Setiap elemen tersebut dianalisis menggunakan cara yang berbeza dengan melihat aspek yang berbeza. Misalnya, struktur makro melihat kepada makna global daripada sesuatu teks yang dapat diamati daripada topik atau tema sesuatu teks. Selain daripada itu adalah seperti superstruktur yang melihat kerangka sesuatu teks dan struktur mikro yang melihat kepada makna lokal daripda suatu teks yang dapat diamati.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu. 


BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau startegi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau startegi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

Taksonomi Strategi KomunikasiDornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakab topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan masa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantaranbangsaan merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.



Menurut Normaliza Abd Rahim, (2019), kepentingan penggunaan strategi komunikasi ialah untuk mengelakkan berlakunya ketidakfahaman antara penulis dengan pembaca melalui perkataan atau kata yang diguna pakai. Maka dengan itu wujudlah taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) dimana taksonomi tersebut mengetengahkan isu bahasa untuk diperbaiki atau disesuaikan penggunaannya.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat dalam kesimpulan bab 4 (manfaat penggunaan instagram)



Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, (2019) dalam buku Eh! Media Sosial menyatakan bahawa manfaat penggunaan Instagram adalah seperti membantu pengguna Instagram dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Hal ini kerana dalam aplikasi Instagram itu sendiri sudah ada fungsi kamera untuk merakam video pendek dan boleh terus dimuat naik di Instagram. Selain itu, Instagram juga memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain kerana perkara yang dikongsi akan ditonton atau dilihat oleh masyarakat umum. Penggunaan Instagram juga dikatakan berupaya meningkatkan penggunaan teknologi kerana aplikasi Instagram terdapat dalam teknologi terkini seperti dalam telefon pintar. Tambahan lagi, pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka. Menurut kajian yang dijalankan juga, penggunaan Instagram dapat menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa, dan pembelajaran multimedia.



Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama, dan pantun. Kebanyakan responden yang dikaji memilih salah satu daripada genre yang mereka suka untuk ditulis dalam blog.
Berdasarkan Graf 6.1, genre kesusasteraan cerpen pendek merupakan genre kesusasteraan yang paling tinggi dipilih oleh responden iaitu 86.7% lelaki dan 96.7% wanita. Hal ini kerana, mereka menyatakan bahawa cerpen pendek senang ditulis, maka penyampaian yang disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca. Responden juga berkata bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya adalah tentang cerita kanak-kanak kerana ia menarik. Genre puisi merupakan genre yang paling rendah dipilih oleh responden iaitu 66.7% lelaki dan 80% wanita. Namun bergitu, kedua-dua responden mencadangkan puisi adalah genre yang sesuai ditulis di dalam blog. Mereka juga berpandangan dan berpendapat bahawa puisi cinta, sajak untuk ibu bapa, puisi untuk orang yang istimewa, dan dedikasi untuk kelas kesusasteraan merupakan jenis puisi yang mereka suka tulis di dalam blog.Menulis puisi dalam blog bukan sahaja meningkatkan tahap keyakinan tetapi juga dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran.


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), blog dalam pembelajaran bahasa dikaji berdasarkan tiga cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan, dan melalui pemikiran kritis. Berdasarkan graf 6.2, peratus responden wanita yang paling tinggi adalah melalui cara meluahkan perasaan iaitu 100% kerana mereka lebih bersikap sentimental. Manakala peratusan terendah adalah melaui cara menulis surat iaitu sebanyak 83.3%. Peratusan responden lelaki yang paling tinggi adalah melalui cara pemikiran kritis (menulis teka-teki) iaitu sebanyak 93.3% kerana responden suka menulis teka-teki  kerana akan menerima banyak komen daripada pembaca dan hal tersebut membantu penulis blog untuk meningkatkan motivasi mereka untuk lebih banyak lagi teka-teki dalam bahasa sasaran. Peratusan yang terendah adalah melalui cara meluahkan perasaan iaitu sebanyak 66.7% kerana lelaki sukar untuk meluahkan perasaan di blog kerana ia akan dibaca oleh orang lain.


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), blog dalam pembelajaran teknologi menunjukkan peratusan yang tinggi untuk video dan audio iaitu kedua-dua responden ialah 100% termasuk responden wanita untuk foto juga 100%. Responden lelaki untuk foto sebanyak 93% kerana lelaki tidak mempunyai kamera begitu juga kamera pada telefon bimbit mereka.