Friday 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997)

Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau startegi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau startegi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

Taksonomi Strategi KomunikasiDornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakab topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan masa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantaranbangsaan merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.



Menurut Normaliza Abd Rahim, (2019), kepentingan penggunaan strategi komunikasi ialah untuk mengelakkan berlakunya ketidakfahaman antara penulis dengan pembaca melalui perkataan atau kata yang diguna pakai. Maka dengan itu wujudlah taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) dimana taksonomi tersebut mengetengahkan isu bahasa untuk diperbaiki atau disesuaikan penggunaannya.

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat dalam kesimpulan bab 4 (manfaat penggunaan instagram)



Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, (2019) dalam buku Eh! Media Sosial menyatakan bahawa manfaat penggunaan Instagram adalah seperti membantu pengguna Instagram dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Hal ini kerana dalam aplikasi Instagram itu sendiri sudah ada fungsi kamera untuk merakam video pendek dan boleh terus dimuat naik di Instagram. Selain itu, Instagram juga memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram lain kerana perkara yang dikongsi akan ditonton atau dilihat oleh masyarakat umum. Penggunaan Instagram juga dikatakan berupaya meningkatkan penggunaan teknologi kerana aplikasi Instagram terdapat dalam teknologi terkini seperti dalam telefon pintar. Tambahan lagi, pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan berkongsi pengetahuan mereka. Menurut kajian yang dijalankan juga, penggunaan Instagram dapat menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga bahagian yang berkaitan dengan blog iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa, dan pembelajaran multimedia.



Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), genre kesusasteraan adalah seperti puisi, cerpen, skrip drama, dan pantun. Kebanyakan responden yang dikaji memilih salah satu daripada genre yang mereka suka untuk ditulis dalam blog.
Berdasarkan Graf 6.1, genre kesusasteraan cerpen pendek merupakan genre kesusasteraan yang paling tinggi dipilih oleh responden iaitu 86.7% lelaki dan 96.7% wanita. Hal ini kerana, mereka menyatakan bahawa cerpen pendek senang ditulis, maka penyampaian yang disampaikan dalam cerita itu akan difahami oleh semua pembaca. Responden juga berkata bahawa cerpen pendek sebahagian besarnya adalah tentang cerita kanak-kanak kerana ia menarik. Genre puisi merupakan genre yang paling rendah dipilih oleh responden iaitu 66.7% lelaki dan 80% wanita. Namun bergitu, kedua-dua responden mencadangkan puisi adalah genre yang sesuai ditulis di dalam blog. Mereka juga berpandangan dan berpendapat bahawa puisi cinta, sajak untuk ibu bapa, puisi untuk orang yang istimewa, dan dedikasi untuk kelas kesusasteraan merupakan jenis puisi yang mereka suka tulis di dalam blog.Menulis puisi dalam blog bukan sahaja meningkatkan tahap keyakinan tetapi juga dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran.


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), blog dalam pembelajaran bahasa dikaji berdasarkan tiga cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa iaitu penulisan surat, meluahkan perasaan, dan melalui pemikiran kritis. Berdasarkan graf 6.2, peratus responden wanita yang paling tinggi adalah melalui cara meluahkan perasaan iaitu 100% kerana mereka lebih bersikap sentimental. Manakala peratusan terendah adalah melaui cara menulis surat iaitu sebanyak 83.3%. Peratusan responden lelaki yang paling tinggi adalah melalui cara pemikiran kritis (menulis teka-teki) iaitu sebanyak 93.3% kerana responden suka menulis teka-teki  kerana akan menerima banyak komen daripada pembaca dan hal tersebut membantu penulis blog untuk meningkatkan motivasi mereka untuk lebih banyak lagi teka-teki dalam bahasa sasaran. Peratusan yang terendah adalah melalui cara meluahkan perasaan iaitu sebanyak 66.7% kerana lelaki sukar untuk meluahkan perasaan di blog kerana ia akan dibaca oleh orang lain.


Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), blog dalam pembelajaran teknologi menunjukkan peratusan yang tinggi untuk video dan audio iaitu kedua-dua responden ialah 100% termasuk responden wanita untuk foto juga 100%. Responden lelaki untuk foto sebanyak 93% kerana lelaki tidak mempunyai kamera begitu juga kamera pada telefon bimbit mereka. 

Friday 28 February 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA.

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak 

[1] Keluarga 

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka



Setiap hari di waktu pagi, saya sentiasa menolong ibu saya menyapu lantai rumah, membasuh pakaian kotor, dan mengemas rumah. Waktu berlalu detik demi detik saya sentiasa menolong ibu dan ayah saya di rumah. Walaupun hanya pertolongan yang kecil sahaja saya dapat berikan namun saya berasa puas dan bersyukur kerana masih mempunyai kesempatan untuk berbakti kepada mereka  selagi hayat dikandung badan.

Wahai keluargaku yang paling dikasihi sehingga ke hayat akhir,  dalam setiap langkah perbuatan mahupun pertuturan yang bakal keluar dari mulut ini akan sentiasa ku jaga demi menjaga air muka keluarga. 

Saya sayang ibu dan ayah saya... saya sayang kakak, abang, dan adik-adik saya... Mereka semua sentiasa ada bersama saya dikala susah dan senang... Saya sayang keluarga saya... Kasih keluarga membawa ke syurga...

Rujukan
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kuliah hari ini, pada 24/02/2020 (Isnin), Prof Dr Normaliza telah menjalankan Blanket Test 2.0. Syukur alhamdulillah kumpulan kami, iaitu kumpulan satu telah berjaya menjawab beberapa soalan yang diajukan. Antara soalan yang berjaya dijawab ialah: 

1. Apakah yang anda faham berkaitan elemen asas grafik teks?

Jawapan: Elemen asas grafik teks merujuk kepada jenis dan siaz font yang digunakan atau dipilih dalam persembahan grafik. 

2. Berdasarkan gambar yang dipaparkan (gambar lelaki tua dengan latar belakang botol yang dikaburkan), apakah asas fotografi yang dapat dilihat?

Jawapan: Portrait. Hal ini kerana gambar yang diambil adalah dalam jarak yang dekat dan menampakkan wajah seorang lelaki tua yang beremosi seakan sedih dan keseorangan. 

3. Berdasarkan gambar yang dipaparkan (gambar bayi di atas tilam), apakah asas fotografi yang dapat dilihat?

Jawapan: Portrait. Hal ini kerana gambar yang diambil adalah dalam jarak yang dekat dan menampakkan wajah bayi tersebut yang mempunyai emosi yang gembira.

4. Berdasarkan gambar yang dipaparkan (gambar seorang), apakah asas fotografi yang dapat dilihat?

Jawapan: Close-up. Hal ini kerana gambar diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang serta menunjukkan wajah seseorang dengan jelas.

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Foto 1: Portrait

Foto 2: Portrait

Foto 1 dan foto 2 merupakan gambar portrait kerana gambar tersebut diambil dalam jarak yang dekat. Portrait diambil dalam jarak yang dekat dan menjadi kegemaran ramai untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang. 

Foto 3:  Medium Shot

Foto 4:  Medium Shot

Foto 3 dan foto 4 merupakan gambar jenis medium shot kerana gambar yang diambil hampir dengan kamera. Wajah seseorang lebih menyerlah berbanding dengan long shot. Medium shot boleh menampakkan aktiviti yang dilakukan oleh individu atau kumpulan. Gambar jenis medium shot juga sesuai untuk semua bahan, objek ataupun manusia. Latar belakang dalam gambar tersebut boleh kelihatan untuk medium shot. Oleh itu, orang yang melihat gambar tersebut dapat gambaran tentang gambar tersebut.

Foto 5: Long Shot

Foto 6: Long Shot

Foto 5 dan foto 6 merupakan jenis gambar long shot. Hal ini kerana gambar yang diambil adalah dalam jarak yang jauh dari kamera. Namun gambar tersebut jelas kelihatan dengan gambaran keseluruhan. Biasanya, gambar long shot digunakan untuk situasi yang memerlukan pemahaman terhadap seluruh paparan. 

Foto 7: Close-up

Foto 8: Close-up

Foto 7 dan foto 8 merupakan gambar jenis close-up kerana gambar yang diambil adalah dalam jarah yang dekat. Foto 7 merupakan close-up yang memfokuskan kepada sesuatu benda iaitu sebentuk cincin manakala foto 8 menfokuskan bahagain wajah seseorang iaitu mata.

Foto 9: Mug Shot Aqilah

Foto 10: Mug Shot  Sahlan

Foto 11: Mug Shot Faqin

Foto 12: Mug Shot  Lina

Foto 13: Mug Shot Rizal

Foto 14: Mug Shot  Nuur

Foto 15: Mug Shot Atikah

Foto 16: Mug Shot  Syahirah

Foto 17: Mug Shot Izzaty

Foto 18: Mug Shot Fhean

Foto 9 sehingga foto 18 merupakan gambar mug shot bagi setiap ahli kupulan dan memaparkan ekspresi muka yang berlainan. Ini kerana mug shot merupakan gambar yang diambil dari jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Tujuan mug shot adalah untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai. 

Friday 21 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM.

Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa.


Cerita sosial 2: Saya yang Istimewa, menceritakan berkenaan Alim seorang budak yang baik dan  disayangi oleh keluarganya serta disenangi jirannya. Pada suatu hari, bapa Alim pulang membawa buah-buahan tempatan yang dibeli dari pasar tani untuk anak-anaknya kerana bapa Alim tahu bahawa mereka gemar akan buah-buahan tempatan. Sejurus setelah itu, Alim terus memberitahu ibunya  bahawa dia ingin berkongsi buah-buahan itu dengan Sulaiman. Alim ingat akan pesan ibu dan bapanya untuk saling berkongsi barang atau makanan yang disukai dengan orang lain merupakan satu perbuatan yang baik. Disebabkan itu Alim ingin berkongsi buah-buahan tempatan yang digemarinya itu dengan Sulaiman. Alim berasa sangat puas dan gembira dapat berkongsi buah-buahan tempatan dengan Sulaiman. Sedang Alim membuang sampah di tong sampah besar di luar rumah, Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah terlihat akan kelibatnya lalu terus berterima kasih kepada Alim akan pemberian buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah juga berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan buat Alim sekeluarga.  


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.