Monday, 4 January 2021
BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)
Monday, 28 December 2020
BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?
Teks Asal
Masihkah Kau Ingat?
1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).
2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.
3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).
5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.
6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.
7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).
8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.
9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Terjemahan Inggeris
Do You Still Remember?
1. Write and rework using your own sentences (Do not copy (salin tampal) from articles or books).
2. Use Turnitin or other tool before making submissions to supervisor or journal.
3. Make a reference from the main reference. Avoid referring to secondary references.
4. Read many recent articles to better understand the study to be conducted (minimum 50 articles).
5. Attend seminars or conferences to get input on relevant studies.
6. Discuss with the supervisor about the research conducted. Avoid talking to other students because students are not experts in the field.
7. Number of pages (approximately) for Chapter 1 (10-12 pages), Chapter 2 (30 pages - Bachelor and Master; 50 pages - PhD), Chapter 3 (10 - 12 pages), Chapter 4 (40 pages for each objectives and Chapter 5 (8-12 pages).
8. The whole thesis should have a maximum of about 80 pages (bachelor), 81-150 (Master) and 151-240 (PhD). *Subject to the wishes of lecturers, faculty and universities.
9. Make a plan or schedule for the entire study period.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10
BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)
1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.
Terjemahan Melayu: Apabila saya berasa tenang, akan tetapi perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan sentiasa menghadapi perkara tersebut demi mendapatkan ketenangan itu semula.
Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
"Kenapa ayam dan itik tinggal di sana?," tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.
2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.
Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan tetap menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya.
Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)
"Kenapa dengan abang, ibu?" ujar adik perempuan Alim sambil menangis.
3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.
Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan membuatkan saya sedar bahawa kehidupan ini adalah lebih berharga daripada segalanya.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Kami sayang dan rindu Alim," kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.
4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.
Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk memanjat gunung yang tinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut akan menjadi sukar dalam sesuatu masa.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan.
5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.
Terjemahan Melayu: Saya merupakan seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa melakukan yang terbaik.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.
6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.
Terjemahan Melayu: Andai dapat saya meluahkan rasa cinta ini kepada awak, maka saya akan menjadi insan yang paling bahagia di dalam dunia ini.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.
7. Teks Asal: I have faith in you.
Terjemahan Melayu: Saya meletakkan kepercayaan kepada awak.
Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Ni, ibu dah sediakan bakul sampah. Letak semua sampah dalam ni ye. Jangan letak merata tempat. Nanti rumah akan kotor dan bersepah," arah ibu sambil menunjukkan ke arah bakul sampah. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah menganggukkan kepala tanda faham.
8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.
Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk sentiasa mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Alim, mari ibu tolong!," seru ibu dari dapur. Ibu terus berjalan ke arah Alim. Alim resah dan berjalan ke hulu dan ke hilir.
9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.
Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya sentiasa percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti.
Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.
Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10
BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)
Biskut Coklat Ceri Yang Banyak
⭐⭐⭐⭐⭐ 49 Penilaian
| 39 Ulasan | 17 Gambar
Biskut coklat yang luar biasa bersama tart ceri kering pastinya menjadi kegemaran anda!
Bahan-bahan
⬜ 1 cawan tepung serba guna
⬜ ¼ cawan serbuk koko tanpa gula
⬜ 1 sudu teh serbuk penaik
⬜ ¼ sudu teh garam
⬜ ½ cawan mentega tanpa garam,
dilembutkan
⬜ 1 cawan gula putih
⬜ 1 biji telur
⬜ 1 sudu teh serbuk kopi segera
⬜ 1 sudu teh estrak vanila
⬜ ¼ cawan cip coklat kurang manis
⬜ ¼ cawan cip coklat putih
⬜ 1 cawan ceri kering
Cara-cara
☑️
Langkah 1
Panaskan ketuhar sehingga 350 darjah F (175
darjah C).
☑️
Langkah 2
Gariskan dua loyang
besar dengan kertas perkamen.
☑️
Langkah 3
Satukan tepung, serbuk koko, serbuk penaik,
dan garam dalam satu mangkuk.
☑️
Langkah 4
Pukul mentega dan gula bersama dalam mangkuk
besar dengan menggunakan pengadun elektrik pada tahap kelajuan sederhana tinggi
sehingga tekstur adunan tersebut menjadi ringan dan lembut.
☑️
Langkah 5
Pukul telur, serbuk kopi, dan vanila ke dalam
adunan mentega dan gula sebentar tadi sehingga sebati.
☑️
Langkah 6
Tukar kelajuan pada tahap yang rendah dan
tuangkan campuran tepung. Pukul sehingga sebati.
☑️
Langkah 7
Masukkan cip coklat
kurang manis, cip coklat putih, dan ceri kering ke dalam adunan tadi.
☑️
Langkah 8
Ambil sesudu daripada adunan tersebut dan
letakkan dalam 2 inci di dalam loyang yang telah tersedia.
☑️
Langkah 9
Bakar dalam 10 hingga 12 minit untuk setiap
kumpulan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan, sehingga biskut benar-benar
masak.
☑️
Langkah 10
Biarkan sejuk di atas loyang selama dua
minit.
☑️
Langkah 11
Pindahkan biskut
tersebut ke rak wayar sehingga sejuk sepenuhnya.
Fakta pemakanan
Setiap hidangan:
130 kalori; protein 1.6gm; karbohidrat
19.4gm; lemak 5.4gm; kolesterol 18.3mg; natrium 51.3mg.
RUJUKAN:
Allrecepis. (2020). Lots of Chocolate Cherry Cookies. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/220024/lots-of-chocolate-cherry-cookies/
KERJA KUMPULAN
MUHAMAD ISNORRIZAL BIN MOHD SAIDI
197504
NOR SYAHIRAH BINTI SARIAN
197583
Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10
BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)
Ayam Parmesan
⭐⭐⭐⭐⭐ 4,091 Penilaian
| 2,761 Ulasan | 1,416 Gambar
Resipi Ayam Parmesan yang dihasilkan oleh saya adalah sedikit berbeza daripada kebiasaan yang dihasilkan di kebanyakan restoran kerana resipi ini menggunakan sos yang sedikit dan bahagian luaran salutan ayam yang lebih rangup.
Bahan-bahan
⬜ 4 bahagian dada ayam tanpa
kulit dan tanpa tulang
⬜ Garam dan lada hitam yang sudah
digiling secukup rasa
⬜ 2 biji telur
⬜ 1 cawan sebuk roti panko atau
lebih mengikut keperluan
⬜ ½ cawan keju Parmesan yang telah
diparut
⬜ 2 sudu besar
tepung serba guna atau lebih mengikut keperluan
⬜ 1 cawan minyak zaitun untuk menggoreng
⬜ ½ cawan sos tomato yang telah
disediakan
⬜ ¼ cawan keju mozzarella segar dan
dipotong dadu kecil
⬜ ¼ cawan daun selasih yang siap
dicincang
⬜ ½ cawan keju provolone yang telah
diparut
⬜ ¼ cawan keju Parmesan yang telah
diparut
⬜ 1
sudu besar minyak zaitun
Cara-cara
☑️
Langkah 1
Panaskan ketuhar
sehingga 450 darjah F (230 darjah C).
☑️
Langkah 2
Letakkan dada ayam
di antara dua kepingan plastik yang tebal (beg beku yang boleh ditutup semula
adalah lebih baik) di atas permukaan yang rata dan keras. Tumbuk dada ayam
tersebut dengan kuat pada bahagian halus palu dada ayam sehingga ketebalannya
1/2 inci. Perapkan dada ayam tersebut bersama garam dan lada hitam.
☑️
Langkah 3
Pukul telur dalam
mangkuk dan ketepikan.
☑️
Langkah 4
Campurkan serbuk
roti dan 1/2 cawan keju Parmesan dalam sebuah mangkuk yang berlainan dan
ketepikan.
☑️
Langkah 5
Letakkan tepung ke
dalam ayak atau penapis; ayakkan ke atas dada ayam dan salutkan pada kedua-dua
belah bahagian dengan rata.
☑️
Langkah 6
Celupkan dada ayam
yang telah disaluti tepung ke dalam telur yang telah dipukul. Pindahkan dada
ayam tersebut ke dalam campuran serbuk roti dan salutkan pada keseluruhan dada
ayam. Ulang langkah yang sama untuk kesemua dada ayam. Setelah itu, ketepikan
dada ayam tersebut selama lebih kurang 15 minit.
☑️
Langkah 7
Panaskan 1 cawan minyak zaitun ke dalam kuali besar dengan api sederhana sehingga minyak kelihatan panas berkilau. Masak ayam sehingga kelihatan keemasan, kira-kira 2 minit pada setiap satu bahagian. Ayam akan selesai dimasak di dalam ketuhar.
☑️ Langkah 8
Letakkan ayam
tersebut ke dalam loyang atau baking dish
dan letakkan 1/3 cawan sos tomato pada setiap dada ayam di atasnya.
Lapiskan juga setiap dada ayam dengan keju mozzarella, daun selasih segar, dan
keju provolone dengan jumlah yang sama. Taburkan 1 hingga 2 sudu besar keju
Parmesan di atasnya dan sembur rata minyak zaitun dalam 1 sudu besar.
☑️
Langkah 9
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan
sehingga keju kelihatan keperangan dan berbuih serta di tengah dada ayam tidak
lagi berwarna merah jambu atau separa masak, 15 hingga 20 minit. Termometer
bacaan segera dimasukkan ke bahagian tengah dan hendaklah mencapai bacaan
sekurang-kurangnya 165 darjah F (74 darjah C).
Nota Masakan:
Gunakan
sos tomato yang berkualiti tinggi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Anda
boleh juga menggantikan pesto atau herba kering Itali pilihan anda dengan
selasih, atau tidak menggunakannya langsung. Sekiranya menggunakan mozzarella
segar, potong menjadi kiub atau potong dadu berbanding mencincangnya atau
memarutnya.
Fakta pemakanan
Setiap hidangan:
471 kalori; protein 42.1gm; karbohidrat
24.8gm; lemak 24.9gm; kolesterol 186.7mg; natrium 840.3mg.
RUJUKAN:
Allrecepis. (2020). Chicken Parmesan. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/223042/chicken-parmesan/
KERJA KUMPULAN
MUHAMAD ISNORRIZAL BIN MOHD SAIDI
197504
NOR SYAHIRAH BINTI SARIAN
197583
Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10
BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)
Pan Lebar Ayam Masam-Manis
⭐⭐⭐⭐⭐ 7 Penilaian | 4 Ulasan | 5 Gambar
Diilhamkan oleh rasa hidangan Asia kegemaran kami, berikut adalah resipi yang menggunakan khasiat nanas dalam tin, dengan sayuran biasa. Untuk menjadikannya mesra dengan pan lebar, ayam sudah tidak perlu dilapisi dengan serbuk roti atau digoreng dahulu. Ditambahi dengan sos sedap yang anda suka, dan jika ada yang tersisa, simpan sos di dalam peti sejuk dalam bekas tertutup, sehingga satu minggu. Sos ini juga merupakan sos yang sedap untuk pembuka selera gaya Asia. Hidangkan bersama nasi kukus panas.
Bahan-bahan
⬜ 2 (8 oz) Jus nanas dalam tin
⬜ 1 loceng lada merah, dibuang biji dan dipotong menjadi kepingan 1 inci
⬜ 1 loceng lada hijau, dibuang biji dan dipotong menjadi kepingan 1 inci
⬜ 1 lobak merah, dikupas dan dihiris secara menyerong
⬜ ½ bawang merah, potong 1 inci
⬜ 3 sudu besar minyak alpukat
⬜ garam dan lada hitam secukup rasa
⬜ 1½ oz dada ayam tanpa kulit, tanpa tulang, potong 1 inci
⬜ air secukupnya
⬜ 2 sudu besar tepung jagung
⬜ ½ cawan gula perang cerah
⬜ ⅓ cawan cuka beras
⬜ 3 sudu besar kicap
⬜ 1 sudu besar sos cili bawang putih
⬜ 1 sudu besar pes halia-bawang putih
⬜ ⅛ sudu teh lada putih tanah
Cara-cara
☑️ Langkah 1
Panaskan ketuhar hingga 425 darjah F (220 darjah C).
☑️ Langkah 2
Tiriskan nanas dan masukkan jus ke dalam ukuran cecair 1 cawan. Letakkan nanas yang telah dikeringkan dalam mangkuk pencampuran besar; mengetepikan.
☑️ Langkah 3
Masukkan paprika, lobak merah, dan bawang merah ke dalam nanas. Tuangkan 2 sudu minyak alpukat ke atas dan taburkan dengan garam dan lada. Kacau hingga sebati dilapisi minyak dan perasa, kemudian tuangkan ke dalam satu lapisan pada loyang lebar. Masukkan ayam ke dalam mangkuk yang sama, gerimis dengan baki 1 sudu minyak, dan perasakan dengan garam dan lada. Lumurkan ke lapisan ayam di atas loyang lebar antara bahagian nanas dan sayur.
☑️ Langkah 4
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan hingga sayur-sayuran lembut dan ayam masak, kira-kira 25 minit.
☑️ Langkah 5
Sementara itu, tambahkan air secukupnya ke jus nanas yang disediakan untuk membuat 1 cawan cecair. Pindahkan 3 sudu besar cecair ke mangkuk kecil dan masukkan tepung jagung. Kacau dengan garpu atau pukul sehingga sebati.
☑️ Langkah 6
Tuangkan baki cecair ke dalam periuk dengan gula merah, cuka beras, sos tomato, kicap, sos bawang putih, pes bawang putih halia, dan lada putih. Didihkan, kacau sekali-sekala, dengan api sederhana tinggi. Perlahan-lahan masukkan campuran tepung jagung, pukul sebentar. Kembali mendidih dan biarkan menebal, terus memukul, kira-kira 1 minit.
☑️ Langkah 7
Campurkan ayam, nanas, dan sayur-sayuran dengan sos untuk dihidangkan.
Nota Masakan:
Anda boleh menggunakan minyak masak berperisa Neutral untuk minyak alpukat.
Untuk menjimatkan masa, selain membuat sos, anda juga boleh menggunakan sos tin manis dan masam Asia.
Fakta pemakanan
Setiap hidangan:
524 kalori; protein 37.7gm; karbohidrat 58.6gm; lemak 14.9gm; kolesterol 96.9mg; natrium 1236.2mg.
RUJUKAN:
Allrecepis. (2020). Sheet Pan Sweet and Sour Chicken. Dicapai pada Disember 28, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/279987/sheet-pan-sweet-and-sour-chicken/
KERJA KUMPULAN
MUHAMAD ISNORRIZAL BIN MOHD SAIDI
197504
NOR SYAHIRAH BINTI SARIAN
197583
Gambar Bukti Kehadiran Minggu 10